Dapur

Resipi Viral Kari Bangladesh Tanpa Santan & Tak Perlu Tumis, Senang Kerja!

22
SHARES

Sebut sahaja lauk kari ayam siapa sahaja tidak suka? Lauk yang simple dan juga boleh dimakan dengan macam-macam jenis makanan seperti roti kosong, roti canai, roti jala, nasi dan lain-lain. Hanya makan dengan nasi panas dan sambal belacan, pasti terangkat!

Satu resipi viral telah dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial yang dikenali sebagai @firnadia iaitu kari Bangladesh. Apa yang lagi mengejutkan apabila masakan kari ini tidak menggunakan santan dan tidak perlu ditumis. Senangkan kerja kalau begitu. Tunggu apa lagi, jom baca!

Baca juga: 6 Resepi Perapan Dada Ayam Bagus Untuk Diet, Sedap-Sedap Pula Tu!

RESIPI KARI BANGLADESH

Bahan-bahan:

  1. Rencah kari ayam
  2. Serbuk kunyit
  3. Kulit kayu manis
  4. Buah pelaga
  5. Minyak masak
  6. Bawang merah
  7. Ubi kentang
  8. Bahan tumbuk (bawang merah, bawang putih, cili besar, halia)
  9. Bendi
  10. Tomato

Masa nak masukkan bahan-bahan di atas (kecuali bendi dan tomato), tak perlu buka api lagi ya.

Gaul sampai sebati kesemua bahan-bahan yang telah dimasukkan tadi.

Selepas itu, baru buka api ya. Ingat ya, jangan buka api terlalu kuat.

Kemudian, letakkan air ikut sukatan masing-masing.

Tutup periuk dan tunggu sampai pecah minyak ya.

Selepas itu, boleh letak bahan tambahan seperti bendi dan tomato tapi letak akhir sekali setelah kari sudah masak.

Jangan lupa letak garam dan cukup rasa ya.

VIDEO PENUH

@firnadi4a

Saja try buat kari bangladesh yg viral tu tapayah tumis tapi okay laa sedap 😋 #karibangladesh #viral #masaksimple #masakmudah

♬ Ku Cinta Kamu Adanya Biar Gendut Tidak Masalah – Legowo

Sumber: Tiktok firnadi4a

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×