Dapur

Cara Masak Pulut Ekspres Guna Rice Cooker. Mudah & Menjadi Elok Je!

14.7K
SHARES

“Tiba-tiba rasa teringinnya nak makan pulut. Dah lama tak makan. Macam mana nak masak pulut kalau tak ada pengukus tu ye? Nak masak atas api takut berkerak. Boleh ke pakai rice cooker je?”

Memang best kalau sekali-sekala makan pulut. Boleh makan dengan serunding, kari, atau boleh juga pekena dengan durian dan mangga. Siram pulak dengan kuah santan, fuh sedapnya!

Sebenarnya mudah je nak masak pulut ni walaupun tak ada periuk pengukus yang khas tu.

Guna je rice cooker, lebih mudah dan cepat. Tapi tetap sedap tau, lembut je kejadiannya.

Jom tengok resepi pulut rice cooker yang dikongsikan oleh Puan Ameera Ishak.

Resepi Pulut Rice Cooker Ekspres. Memang Mudah & Menjadi!

Sebenarnya tak susah pun nak masak pulut. Sejak dah tau masak pulut guna rice cooker, saya dah makin rajin masak pulut ni.

Caranya tak banyak beza dengan masak nasi.

Senang sangat, tak payah beli lagi dah. So, korang pun mesti boleh buat dekat rumah dan makan puas-puas bila dah tahu caranya.

Yang penting kena ada beras pulut.

Beras pulut ni macam-macam brand ada, boleh tengok contoh kat bawah.

Bahan-bahan

  • Beras pulut
  • Air
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula
  • Santan

Cara-cara

1. Basuh Beras Pulut

Mula-mula kita basuh beras pulut macam kita basuh beras biasa.

Resepi pulut rice cooker

2. Sukat Beras, Air & Santan

Kalau guna santan kotak, letak je dulu santan kotak ikut banyak mana kita suka. Lepas tu baru tambah air sikit.

Air tak perlu banyak, cukup hanya sekadar nak bagi tenggelam pulut tu je.

*Kalau biasa guna sukatan cawan, anggaran masak beras pulut 2 cawan, airnya lebih kurang dalam 1 1/2 cawan dan santan 1/2 cawan.

3. Perasakan

Kemudian bubuh garam dan gula secukup rasa.

Garam dan gula tu boleh bubuh dalam 1 sudu kecil. Boleh tambah atau kurangkan ikut tekak masing-masing.

Boleh letak daun pandan bagi lagi wangi.

4. Tekan Butang ‘Cook’

Lepas tu dah bolehlah masak dalam rice cooker. Tekan butang ‘cook’ tunggu dia mendidih.

Bila rice cooker dah keluar wap, kena gaulkan beras dalam periuk 2-3 kali supaya tak berkerak dan santannya sekata.

Tunggu dia masak macam biasa. Bila dah tukar mode ‘keep warm’, maknanya dah masaklah tu.

Siap!

OK siap dah pulut rice cooker ekspres ni. Senang kan? Guna rice cooker je memang mudah. Tak payah rendam atau guna pengukus. Sekejap je dah siap.

Boleh makan dengan serunding, kari ayam, rendang dan macam-macam lagi.

Bagi yang nak buat pulut kuning boleh tambahkan sesudu kecil serbuk kunyit atau pewarna kuning.

Selamat mencuba.

*Resepi pulut rice cooker ini dikongsikan oleh Puan Ameera Ishak menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×