Dapur

Resepi Agar-Agar Santan Klasik, Makan Sejuk-Sejuk Sedap!

12
SHARES
agar-agar santan pandan

Pada bulan puasa, isteri-isterilah yang paling sibuk di dapur untuk menyediakan resipi lauk berbuka. Selain itu, kita juga akan pastinya mencari-cari pencuci mulut yang segar dan sedap untuk berbuka ataupun moreh nanti.

Resepi agar-agar santan yang sungguh sedap dan menyegarkan jika dimakan sejuk. Agar-agar ini memang biasa kita makan dan nak buatnya pun tidaklah susah mana. Jom kita tengok resepi perkongsian Muhammad Ali. Pasti anda tidak sabar untuk menyediakan resipi ini nanti!

Baca juga: Resepi Turun Temurun Kuih Kurma Kukus, Sedap & Berlemak

RESIPI AGAR-AGAR SANTAN

Bahan-bahan yang diperlukan:

agar-agar santan pandan
( Loyang 8 inci)
– 12 gram agar agar tali
– 4 cawan air
– 4-5 helai daun pandan
– 200ml santan
– 1 biji telur
– 125 gram gula / setengah cawan gula ( Resepi ni saya mmg kurangkan gula, kalau nak manis boleh lebihkan okay)

Cara penyediaan:

agar-agar santan pandan

1. Blend 4-5 daun pandan + 1 cawan air. Dah siap blend tapis. Siap air pandan.

2. Kacau sebati 200 ml santan + 1 biji telur gred A. Kalau pakai santan kotak, pakai brand KARA. Berlemak elok. Kalau nak blend santan + telur pun boleh. Texture lebih halus. Dah siap ketepikan.

3. On api, masukan 4 cawan air + 12 gram agar agar tali. Biarkan mendidih. Api sederhana.

agar-agar santan pandan

4. Bila dah mendidih, masukan 125 gram gula + air pandan + santan dan telur + 1 sudu kecil pewarna hijau. Kacau sebati. Kena kacau dulu supaya tak bergumpal.

agar-agar santan pandan

5. Dah sebati. Biarkan mendidih 1-2 minit. Jangan kacau dalam masa ni sebab nk bagi santan dia terpisah dengan air.

6. Bila dah 1-2 minit. Off api .Kacau beberapa saat dan terus masukan dalam loyang 8 inci.

7. Biarkan set suhu bilik 30-40 minit. Selepas itu baru masukan dalam peti selama 2 jam. Then dah boleh makan.

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Muhammad Ali

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×