Dapur

Resepi Turun Temurun Kuih Kurma Kukus, Sedap & Berlemak

73
SHARES

Bila tiba bulan Ramadan, makanan sunnah Rasullullah iaitu buah kurma sudah tentunya menjadi kegemaran dan pilihan orang ramai. Kurma kaya dengan nutrisi yang baik untuk tubuh badan dan mengandungi vitamin, mineral serta antioksidan.

Selain dimakan begitu sahaja, buah kurma juga boleh dijadikan kuih untuk dinikmati ketika berbuka puasa. Kuih kurma kukus mempunyai rasa lemak manis gabungan santan dan juga buah kurma memang sedap! Jom kita tengok resepi perkongsian Norazlina Mohamad Zaki. Pasti anda teruja.

RESEPI TURUN TEMURUN KUIH KURMA KUKUS, SEDAP & BERLEMAK

Dah ramai yang berkenan kuih kurma kukus kegemaran abah ni. Saya update la resepi dia ya.  

resepi kurma kukus

Bahan-bahan diperlukan:

  • Buah kurma
  • Santan 2 cawan
  • Secubit garam
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu tepung beras

resepi kurma kukus

Cara penyediaan:

– Buah kurma buang biji dan potong-potong susun dalam bekas.

– Kacau semua bahan cair di atas dan tapis atas kurma.

– Kukus selama 10 minit. Pastikan periuk kukus dipanaskan dahulu ya.

resepi kurma kukus

Siap. Sedia untuk dihidang. Dulu arwah ayah suka sangat kurma kukus ni. Mak selalu masak, sekarang abah pula suka. Awal-awal dah request. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Norazlina Mohamad Zaki

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×