Resepi kali ini penulis ingin kongsikan cara membuat agar-agar soya cincau dan sudah pastinya memiliki rasa unik kerana gabungan dua bahan tersebut.
Sekiranya anda penggemar soya, sememangnya harus mencuba resipi ini di rumah dan lebih menarik lagi boleh juga dijadikan jualan untuk wang tambahan.
Baca juga: Resepi Pisang Goreng Belon Viral, Letak Bahan Ini Baru Lebih Rangup Berlemak
CARA BUAT AGAR-AGAR SOYA CINCAU, KOMBINASI PALING SEDAP
Bahan-bahan agar-agar soya cincau:
- 1 kotak besar (1L) air soya – tak kisah jenama apa sahaja
- 260-300gm cincau (nak letak lebih lagi pun boleh)
- 10 sudu besar susu pekat (suka manis lagi boleh tambah)
- 1 peket (10gm) serbuk agar-agar
- 2 ketul kecil gula batu
- Secubit garam
Cara penyediaan agar-agar soya cincau:
– Campur semua bahan di atas kecuali cincau.
– Masak sehingga hampir mendidih.
– Tutup api, sagat cincau dan masukkan ke dalam adunan agar-agar tersebut.
– Setelah itu, tuangkan adunan ke dalam acuan dan biarkan sejuk selama 2 jam.
– Selepas 2 jam, agar-agar soya cincau sedia untuk dihidangkan. Sekiranya ingin sedikit kelainan, anda boleh menikmatinya bersama sos gula melaka. Sedap tak terkata!
Selamat mencuba dan semoga resepi perkongsian ini memberi manfaat buat semua orang.
Baca juga: Cara Buat Kek Batik Magnum Bersalut Coklat & Penuh Kacang, Sekali Cuba Anak Pasti Nak Lagi
Sumber: Facebook Atiqah Abdul Aziz