Famili

Projek Mimpi: Bajet Rendah Bukan Penghalang Nak Buat Majlis Kahwin Grand, Bakal Pengantin Baca Tips Ini

14
SHARES
BAJET KAHWIN

Sekiranya anda mempunyai bajet kahwin yang rendah, ini adalah artikel paling tepat untuk dibaca oleh bakal pengantin di luar sana.

Walaupun bajet rendah namun ia bukan penghalang untuk merealisasikan hari bahagia idaman anda. Ikuti penjelasan lanjut mengenai cara buat majlis nampak mahal tanpa keluar banyak duit. Jom baca…

Baca juga: “Rasa Benci Dengan Pasangan…”- Ustaz Jelas Punca Dugaan Bertunang Sampai Tak Nak Kahwin

CARA BUAT MAJLIS NAMPAK MAHAL WALAUPUN BAJET KAHWIN RENDAH

BAJET KAHWIN

1. Mas kahwin

Mas kahwin atau mahar merupakan pemberian wajib daripada suami ke atas seorang isteri. Pemberian itu adalah milik isteri sepenuhnya dan tidak boleh dituntut selepas perkahwinan.

Biasanya nilai mas kahwin diberikan mengikut bayaran negeri masing-masing. Namun ada juga yang memilih untuk memberi lebih daripada nilai tersebut.

Jadi, sekiranya anda mempunyai bajet kahwin yang rendah, boleh beri mas kahwin mengikut nilai yang ditetapkan tanpa sebarang tambahan.

2. Barang hantaran 

Barang hantaran hanyalah adat sahaja dan tidak menjadi masalah sekiranya tiada sebarang hantaran. Jika anda memilih untuk memberi hantaran boleh sahaja beri barangan keperluan seperti telekung, sejadah dan al-Quran.

Manisan seperti kek, coklat, buah-buahan dan pulut kuning boleh juga dijadikan hantaran.

3. Cincin

Sebentuk cincin perlu ada sebagai tanda penyatuan. Tak perlu mahal-mahal dan pastikan anda beli mengikut anggaran bajet. Nak lebih jimat, beli emas ketika harga emas turun.

4. Set baju dan persalinan

Lebih menjimatkan sekiranya pengantin perempuan menggunakan baju yang sama untuk akad nikah dan majlis perkahwinan.

5. Solekan

Sekiranya kekurangan bajet kahwin, pengantin perempuan dinasihatkan untuk melakukan solekan sendiri.

6. Fotografi 

Sudah tentunya momen indah menjadi raja sehari ingin disimpan sebagai kenangan. Namun jika anda kekurangan bajet, boleh guna telefon bimbit sendiri sahaja atau ambil pakej yang lebih murah dan berbaloi.

7. Kad kahwin

Zaman serba moden ini kad kahwin sudah tidak diperlukan lagi. Hal ini kerana ada kad kahwin digital boleh dihantar melalui mesej online.

Jika masih ingin menempah kad kahwin, tempah dalam kuantiti sedikit sahaja. Jangan membazir!

8. Pelamin dan khemah

Lebih menjimatkan jika anda DIY pelamin menggunakan barangan yang dibeli dengan harga murah. Namun jika memilih untuk mengambil pakej, pastikan berbaloi dan tidak melebih bajet.

9. Katering

Akhir sekali, tak lengkap majlis perkahwinan tanpa hidangan makanan untuk tetamu. Bajet kahwin dapat dikurangkan dengan menjemput tetamu mengikut anggaran bajet.

Ini bermakna wang yang digunakan untuk katering juga semakin berkurangan.

Ingat ya, jangan keluarkan duit terlalu banyak untuk kenduri kerana kehidupan selepas perkahwinan lebih mencabar.

Baca juga: Soalan ‘Bocor’ Waktu Hantar Borang Nikah, Bakal Pengantin Kena Bersedia Nak Jawab

Sumber: Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad

Kredit foto: IF Empire Wedding

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×