Nur

Doa Pemanis Wajah Untuk Kaum Hawa, Barulah Nampak Manis & Berseri Wajah Nanti!

14
SHARES
doa pemanis wajah

Memiliki wajah yang cantik sememangnya menjadi impian setiap wanita. Selain rawatan muka dan mengguna alat solek, anda juga boleh mengamalkan doa pemanis wajah agar diberikan kecantikan luaran dan dalaman.

Oleh itu, amalkan membaca Surah Yusuf ayat 4 sekiranya ingin wajah berseri-seri tanpa sebarang solekan di wajah. Ruginya kalau selama ini tidak pernah amalkan.

Baca juga: Hati-Hati Nak Cuci Ayam, Kalau Tak Betul Bersih, Ia Penyebab Makanan Bernajis!

DOA PEMANIS WAJAH UNTUK KAUM HAWA AMALKAN

doa pemanis wajah

Terdapat satu kisah tentang keindahan rupa paras yang dimiliki Nabi Yusuf (A.S), di mana ketika dirinya melalui kumpulan wanita yang sedang memotong buah-buahan, terhiris jari mereka dengan pisau kerana terpukau melihat ketampanan yang dimiliki Nabi Yusuf (AS) seolah-olah melihat berlian yang bersinar terang.

Doa di bawah hendaklah dibaca sebanyak tiga kali dan sapukan ke seluruh wajah. Boleh diamalkan setiap kali sebelum keluar atau sebelum bertemu orang. Sebaik-baiknya diamalkan juga setiap kali selepas selesai solat fardhu.

اِذْ قَالَ يُوْسُفُ لِاَبِيْهِ يٰٓاَبَتِ اِنِّيْ رَاَيْتُ اَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَّالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَاَيْتُهُمْ لِيْ سٰجِدِيْنَ

Maksud: “(Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada ayahnya, “Wahai ayahku! Sungguh, aku (bermimpi) melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku.”

Selain mampu mengeratkan hubungan suami isteri, surah Yusuf ayat 4 juga boleh diamalkan untuk keluarga dan sahabat supaya hubungan kekal harmoni.

Walau bagaimanapun, berdoalah dengan ikhlas dan niat yang baik. Percaya bahawa Allah SWT akan mengabulkan doa hambaNya pada waktu yang tepat. InsyaAllah.

Jom sama-sama kita amalkan Surah Yusuf ini. Semoga artikel ini dapat memberi manfaat kepada yang membaca.

Baca juga: Isteri Bekerja Atau Tak Suami Tetap Bagi Nafkah, Melainkan….

Sumber: Ceriasihat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×