Nur

Isteri Bekerja Atau Tak Suami Tetap Bagi Nafkah, Melainkan….

27
SHARES

Umum sedia maklum bahawa seorang suami wajb memberi nafkah isteri sama ada isteri berkemampuan ataupun sebaliknya. Menurut Undang-Undang Keluarga Islam isteri mempunyai hak untuk menuntut nafkah daripada suami namun nilainya perlulah mengikut kemampuan suami.

Terdapat dua jenis nafkah iaitu nafkah zahir dan nafkah batin. Nafkah zahir merupakan tanggungjawab yang perlu suami sediakan untuk isteri dalam bentuk yang jelas di mata.

NAFKAH ISTERI BEKERJA PERLU BAGI ATAU TIDAK? INI JAWAPANNYA

NAFKAH ISTERI

Antara yang suami boleh sediakan dalam kategori nafkah zahir ini adalah seperti:

  • Makanan
  • Barangan dapur
  • Pakaian
  • Tempat tinggal
  • Alat-alat membersihkan diri
  • Pembantu rumah bagi yang biasa memiliki pembantu.

Suami tidak wajib memberi nafkah berbentuk wang kepada isteri kerana nafkah yang wajib hanyalah nafkah keperluan asas seperti senarai di atas.

Suami juga boleh menukar keperluan nafkah tersebut dengan memberi wang kepada isteri untuk membeli sendiri nafkah keperluannya.

Dalam hal yang lain, sekiranya terdapat perjanjian di antara suami dan isteri atau ditentukan oleh hakim tentang ketetapan kadar nafkah secara khusus, maka suami wajib memberi mengikut kadar yang telah ditetapkan tersebut, dan ini disebut sebagai nafkah tamlik.

Antara persoalan sering menjadi isu adalah perlu ke seorang suami memberi nafkah kepada isteri sekiranya isteri bekerja dan memiliki pendapatan lebih besar daripada suami?

NAFKAH ISTERI

Jawapannya adalah suami tidak boleh mengambil kesempatan untuk menindakkan keupayaan memberi nafkah sekiranya berkemampuan.

Walau bagaimanapun, jika isteri reda tidak diberi nafkah, suami terlepas dari kewajipannya. Namun sebaliknya jika suami enggan untuk memberi nafkah, nafkah tersebut akan menjadi hutang bagi pihak isteri.

Tetapi apabila muncul masalah di kemudian hari, mungkin isteri akan mengungkit dan akan mendatangkan masalah yang lebih besar. Suami perlu bertekad untuk menguruskan nafkah keluarga dengan baik.

Seorang suami wajib memberikan nafkah kepada isteri apabila isteri memenuhi 2 syarat di bawah:

1. Apabila si isteri membenarkan dirinya ‘bersama’ suami yang mahu melakukan dengan cara yang menepati syarak. Jika suami mahu bersama tetapi dengan cara yang dilarang di sisi Islam, maka nafkah tetap wajib diberikan kepada isteri.

Sekiranya si isteri enggan bersama suami walaupun cara yang dibenarkan syarak, maka gugurlan kewajipan suami untuk memberikan nafkah kepada isteri yang dikira nusyuz.

2. Apabila si isteri mengikut suami untuk tinggal di rumah yang suami pilih dan tidak mendatangkan mudarat, maka isteri wajib diberikan nafkah.

Jika si isteri enggan tinggal di tempat yang dipilih oleh suami kerana tidak selamat atau menimbulkan mudarat, maka nafkah tetap wajib diberi.

Sekiranya isteri enggan mengikut suami walaupun tempat tinggal yang dipilih oleh suami selamat dan tidak memudaratkan, maka gugurlah kewajipan suami untuk memberikan nafkah.

Sebagai suami, pimpinlah keluarga dengan penuh amanah dan tanggungjawab.

Sumber: Berita Harian, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan & JAKIM

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×