Famili

5 Cabaran Ibu Bekerja Tanpa Pembantu, Dapat Gaji Bantu Suami!

326
reads
5 Cabaran Ibu Bekerja Tanpa Pembantu, Niat Mahu Bantu Suami!

Ibu Bekerja Tanpa Pembantu

Bangun pagi, gosok gigi, mandi dan bersiap ke tempat kerja. Kemudian bersarapan ketika dalam perjalanan atau setibanya di tempat kerja. Selesai kerja, balik ke rumah.

Esok, rutin yang sama berulang selama lima hari dalam seminggu. Zaman sekarang, ia nampak macam biasa. Adakah anda salah seorang mangsa ‘rat race’ dalam golongan pertengahan ini?

Ada suami kisah? Mari kita kupas isu dan cabaran isteri atau ibu bekerja.

 

1. Penat yang amat sangat

Cuba cakap, isteri mana yang tidak penat?

Cuba cakap, isteri mana yang tidak penat?

Terlalu banyak untuk disenaraikan. Penat untuk masak, kemas rumah, sapu lantai, basuh baju, cuci pinggan dan lain-lain lagi. Ada jenis suami yang buat tidak tahu sahaja, sedangkan kedua-duanya bekerja. Isteri bekerja untuk meringankan beban suami, bukan untuk jadi kuli.

Bayangkan, selepas penat bekerja di pejabat, isteri perlu bergegas untuk melakukan kerja-kerja rumah. Beruntung pada yang mempunyai suami yang ringan tulang, mudah membantu isteri membereskan segala kerja rumah yang tertunda.

 

2. Masa berkualiti untuk anak-anak

Foto Kredit: huffingtonpost.com

Foto Kredit: huffingtonpost.com

Masa yang ada hanyalah pada waktu selepas bekerja sahaja. Pada awal pagi, terlalu sedikit masa untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Bagi yang masih mempunyai bayi, waktu pagi ialah waktu tidur mereka. Tatkala dihantar ke ‘nursery’ atau rumah pengasuh, kebiasaannya mereka masih tidur.

Bagi yang mempunyai anak yang sudah bersekolah, mari kita sama-sama ambil peluang untuk hantar mereka pergi ke sekolah setiap hari. Ini sahaja masa yang paling berkualiti. Boleh tanyakan perkembangan anak-anak setiap hari. Tambahan lagi, ibu-bapa masih lagi mempunyai tenaga yang tinggi pada waktu pagi.

Waktu malam, jika anak ke kelas tuisyen, maka lebih sedikit masa yang dapat diluangkan bersama. Mari kita sama-sama luangkan masa untuk mengajar anak Al-Quran selepas solat Maghrib.

Semua diatas tampak mudah untuk dilakukan. Hakikatnya, apabila balik dari pejabat jam 5.30 petang, belum tentu sampai rumah jam 6.30 petang. Dengan mengambil kira ibu bekerja di Lembah Kelang, masa yang dibazirkan di jalan raya adalah lebih banyak dari masa untuk bersama anak.

 

3. Masa untuk ‘bersama’ suami

Isteri bukan sengaja tidak mahu 'bersama' & melayani suami

Isteri bukan sengaja tidak mahu ‘bersama’ & melayani suami

Pernah berlaku atau tidak, suami muncung tanpa sebab? Semasa sama-sama bersiap ke tempat kerja, sepatah ‘haram’ suami tidak bercakap. Mahu tahu kenapa?

Jawapannya ialah sikap isteri yang menolak ajakan suami pada waktu malam. Sebenarnya, isteri bukan sengaja. Apabila terlalu penat (lihat ‘point’ nombor 1), isteri akan cepat terlelap. Lebih-lebih lagi selepas menyiapkan barang untuk anak esok hari.

Jadi, suami-suami sekelian, jika anda mahukan isteri dapat memberi ‘servis’ terbaik setiap malam, lebih afdal malam Jumaat, rajin-rajinlah tolong isteri.

 

4. Masak untuk keluarga

Sekali-sekala, isteri ingin rasa masakan suami juga

Sekali-sekala, isteri ingin rasa masakan suami juga

Semua isteri dan ibu pasti bersetuju, makan di luar sememangnya tidak elok untuk keluarga. Kita tidak tahu berapa banyak perencah dan ‘Ajinomoto’ yang diletakkan di dalam makanan itu. Namun apakan daya, apabila terlalu penat dan ‘malas’ menguasai diri, suami-isteri akan mengambil keputusan untuk makan di luar.

Ada yang makan Mc Donald’s (McD), ada juga yang makan Kentucky Fried Chicken (KFC). Masing-masing tahu ia tidak baik untuk kesihatan bukan?

Sebaliknya, apa salahnya suami memasak untuk isteri dan anak-anak pula?

 

5. Sentiasa risau keadaan anak-anak

Foto Kredit: mommyish.com

Foto Kredit: mommyish.com

Ibu mana yang tidak risau pada anak yang ditinggalkan pada orang lain, samada ‘nursery’ atau pengasuh? Walaupun kita percaya pada mereka, belum tentu anak kita dilayan dengan baik. Kadang-kadang, ada terdengar ibu yang mengeluh, “Buat apa aku belajar tinggi-tinggi sampai universiti, tetapi anak aku dijaga oleh orang yang tiada SPM?”.

Itu masing-masing punya pandangan. Pencarian duit untuk sesuap nasi juga penting. Jika ibu tidak bekerja, takut-takut gaji suami tidak dapat menampung perbelanjaan seisi rumah. Lebih memeritkan, kerajaan baru sahaja menaikkan harga untuk pelbagai barangan harian.

Anda rasa ada lagi cabaran yang patut dikongsikan disini? Apakah jalan penyelesaiannya untuk semua cabaran di atas? Kongsikan dengan kami di ruang komen di bawah.

Ibu mana yang tidak sayang anak bukan? Buat suami di luar sana, ringan-ringankanlah tangan tolong isteri!

Yang Popular

To Top