Dapur

Resipi Semperit Susu 3 Bahan, Senang Saja Nak Buat Hanya Bakar Atas Dapur Gas!

52
SHARES
resepi semperit

Berikut merupakan resepi semperit susu yang juga dikenali dengan nama biskut bunga cina. Resepi Noriza Awang Hamat ini hanya menggunakan 3 bahan berserta cara membakarnya menggunakan dapur gas. Mari lihat resipi kuih raya ini di bawah!

Baca juga: Rahsia RENDANG AYAM HANCUR Jadi Lebih Sedap, Masukkan Bahan Ini Baru Ada Umphhh!

RESEPI SEMPERIT SUSU 3 BAHAN

resepi semperit

Oven (ketuhar) saya rosak tapi teringin nak buat biskut. Saya cuba pakai kuali saja, wowww cantik kejadian! Saya buat biskut bunga Cina yang dulu-dulu punya.

Biskut bunga Cina guna 3 bahan saja.

Baca juga: Edisi Khas Raya Resipi Kuih Tiram & Tips Buat Bunganya Kembang Elok!

Baca juga: 10 Resipi Rendang Pelbagai Aneka Yang Boleh Cuba Masa Raya Nanti, Baru Meriah Atas Meja!

Bahan-bahan:

  • 1 paket tepung jagung 350gm
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan planta
  1. Kacau planta dengan susu pekat.
  2. Kemudian masukkan tepung jagung dan uli manja dengan tangan saja.
  3. Kalau masih lembik adunan tambah sikit-sikit tepung jagung.
  4. Hiasan terpulang pada masing-masing.

Saya guna acuan pecah 14.

Baca juga: Cara Mudah Buat KERISIK KELAPA Tahan Lama, ‘Stand-by’ Untuk Masak Raya!

Cara bakar biskut raya atas dapur gas:

resepi semperit

Gambar: Noriza Awang Hamat

  1. Boleh guna pan, kuali atau periuk bertutup. Alas pelapik besi untuk sokong alas dulang serta dapur gas. Penutup kuali pastikan ada aliran udara supaya biskut naik cantik dan sekata.
  2. Tak perlu letak air atau pasir dalam pan sebab dah letak alas pelapik besi sebagai sokongan untuk dulang biskut.
  3. Sebelum mulakan kerja membakar, panaskan sekejap kuali dan alas pelapik besi dalam 10 minit, kemudian barulah letak dulang untuk bakar biskut.
  4. Gunakan api paling kecil sepanjang proses membakar.
  5. Sukatan masa membakar ikut jenis biskut, contoh biskut bunga cina ambil 15 minit atau sehingga kekuningan.
  6. Tak perlu sapukan minyak pada dulang biskut.

Siapa cakap tanpa oven maka tiada biskut raya? Lepas ini boleh lah buat sendiri biskut raya, tak ada dah ‘kuih tunjuk’. Selamat mencuba!

Baca juga: Tips Biskut Raya CALLEBAUT ALMOND Rangup Sampai Ke Dalam, Suhu Kena Rendah Dan…

Sumber: Noriza Awang Hamat

FT Image: Noriza Awang Hamat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×