Dapur

‘Semperit Pulut Dalam Sejarah!’- Gara-Gara Buat Kuih Raya Pukul 4 Pagi, Rupanya Salah Tepung!

144
SHARES
resepi semperit

Nampaknya, tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Ternyata sambutan kali ini berbeza dari dua tahun lepas kerana kita sudah boleh balik kampung dan beraya bersama sanak-saudara.

Namun di sebalik ‘kesibukan’ melakukan persiapan raya, tersingkap satu kisah lucu dikongsi oleh seorang wanita dikenali sebagai Zaimah Malik menerusi kumpulan Masak Tak Jadi Apa Hari Ini di laman Facebook.

Baca juga: ‘Sampai Jumpa Di Keabadian..’- Sempat Nikah Atas Katil Hospital Sebelum Isteri Meninggal

SEMPERIT PULUT DALAM SEJARAH!

Menerusi hantaran tersebut, wanita ini menceritakan kuih semperitnya tidak menjadi seperti biasa berikutan menggunakan tepung pulut.

Semperit tak ada rupa, tak cantik. Gara-gara pukul 4 pagi bangun sahur macam ini la jadi dia. Nak nangis ka sedih ka gelak la.

Ujar wanita ini lagi, proses membuat kuih semperit itu dilakukan pada pukul empat pagi dan dia turut akui mengantuk ketika itu. Menerusi beberapa keping foto yang dikongsi, dapat dilihat bentuk semperit yang ‘mengembang’ dan tidak mengikut bentuk asalnya.

Tepung pulut dengan tepung gandum pun dah tak kenal oi. Buat kuih mata tak celik sebab tahan mengantuk. Semperit tepung pulut dalam sejarah.

“DAH JADI RESEPI BARU!”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan kisah yang dikongsi dan ada juga yang bermurah hati berkongsi resipi mudah membuat kuih semperit.

Sumber: Zaimah Malik via Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×