Famili

‘Sampai Jumpa Di Keabadian..’- Sempat Nikah Atas Katil Hospital Sebelum Isteri Meninggal

197
SHARES

Sesungguhnya, masih ada lagi kisah cinta agung yang boleh dijadikan inspirasi buat orang ramai. Seperti kisah sayu yang dikongsikan seorang lelaki menjadi tular apabila dia menceritakan perjalanan manis hidupnya bersama arwah isterinya walaupun tempoh perkahwinan mereka hanya sekejap.

Baca juga: Cara Bersihkan Seterika Besi ‘Old School’ Guna Kertas Pasir, Terus Suci Murni!

SEMPAT NIKAH DI KATIL HOSPITAL SEBELUM ISTERI MENINGGAL

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik lelaki  dari Indonesia tersebut, dapat dilihat upacara akad nikah dia dan isterinya dilakukan hanya di dalam sebuah bilik di hospital.

Dapat disaksikan juga ketika upacara berlangsung, si isteri dalam keadaan terlantar sakit sambil baring di atas katil hospital serta disertai oleh beberapa ahli keluarga mereka yang lain.

Perkongsian video berkenaan turut mengundang sebak orang ramai kerana rata-ratanya melihat bukti kasih sayang lelaki tersebut menerima isterinya seadanya. Mana lagi nak cari orang yang menyayangi diri kita seperti ini bukan?

“Sampai jumpa di keabadian, akan ku ceritakan perjalananku setelah tanpa kamu di bumi,”

Lebih menyayat hati adalah di akhir video tersebut kelihatan sebuah batu nisan menandakan bidadari syurganya itu sudah pergi buat selama-lamanya.

VIDEO PENUH:

@baskoro_wicaksono

Sampai jumpa dikeabadian, akan aku ceritakan perjalananku setelah tanpa kamu di bumi

♬ Akad – Payung Teduh

“TRUE LOVE..”

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, orang ramai tidak ketinggalan memberi kata-kata semangat untuk lelaki tersebut agar kekal tabah meneruskan kehidupannya walaupun tanpa kasih seorang isteri di sisi. Memang sebak bila menyaksikan video sambil membaca komen-komen positif dari warganet.

Sumber: Kosmo, Tiktok @baskoro_wicaksono

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×