Dapur

Resepi Biskut Semperit Raya. Ranggup Di Luar, Lembut Di Dalam!

114
SHARES

“Nak buat biskut raya apa ya. Semperit pun sedap juga…”

Sebut sahaja mengenai biskut raya, pasti pelbagai jenis biskut raya yang bermain di minda anda. Ada yang suka biskut makmur, ada yang suka semperit. Semua mempunyai citarasa tersendiri.

Antara yang menjadi pilihan orang ramai tanpa mengenal usia ialah biskut semperit. Walaupun nampak mudah sahaja cara pembuatannya tetapi tidak semua orang mampu menghasilkan biskut semperit sedap dan tekstur yang betul. Nak tahu resepi semperit ranggup di luar, lembut di dalam? Jom tengok resepi di bawah.

Baca juga: Nak Buat Biskut Atau Cake? Butter Yang Mana Paling Sesuai? Ini Jawapannya…

RESEPI BISKUT SEMPERIT RAYA, RANGGUP DI LUAR LEMBUT DI DALAM

biskut semperit

Rugi kalau anda tak cuba resepi turun temurun ni, tengok gambar pun dah tahu memang sedap. Malam raya nanti boleh cuba dengan keluarga atau sanak saudara. Pasti meriah!

Bahan-bahan:

biskut semperit

  • 250gm butter
  • 400 gm tepung jagung
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1/4 cawan gula aising
  • 1/2 cawang tepung cap rose merah
  • 3 sudu besar tepung ubi
  • Sedikit esen vanila

Cara-cara penyediaan: 

1. Kacau dengan senduk atau whisk, susu butter dan gula icing hingga sebati je jangan lama-lama.

2. Masukkan semua tepung dan uli doh dengan sebati.

biskut semperit

3. Tekan dalam acuan dan hias (untuk buat pattern dan letakkan pewarna boleh rujuk caption gambar di bawah)

4. Jangan teruskan bakar supaya bunga tak jatuh . Jadi biarkan setengah jam baru bakar. Suhu oven mengikut oven masing-masing. Mak saya pakai suhu 150 selama 30 minit. Then siap. Satu adunan dapat 100 biji tau.

Selamat mencuba semua!

Sumber: Facebook Muhammad Ali

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×