Dapur

Nak Buat Biskut Atau Cake? Butter Yang Mana Paling Sesuai? Ini Jawapannya…

6
SHARES

Bulan Ramadan akan tiba tidak lama lagi. Pasti ramai yang tidak sabar menunggu bulan yang penuh kemuliaan. Seperti biasa, bila tiba bulan Ramadan sudah tentunya kita akan membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri kan?

Bermacam-macam persiapan dari segi makanan perlu disiapkan. Antaranya biskut raya. Masih ramai dalam kalangan kita memilih untuk membuat sendiri biskut raya.

Jadi, bagi anda yang masih keliru atau mencari butter yang sesuai untuk biskut raya, jom kita baca perkongsian oleh Nieza Nor Hamnira di laman Facebook. Tak keliru dan pening-pening dah lepas ini.

Baca juga: Cara Kenal Pure Butter, Jangan Sembarangan Beli Nanti Rasa Kek Sangat Lain!

NAK BUAT BISKUT ATAU CAKE? BUTTER YANG MANA PALING SESUAI?

Ini eksperimen dan findings antara pure butter yang biasa di Malaysia (mentega tulen bukan butterblend / lepa susu ya).

Berat Pure Butter Buku – 250gm biasanya salted, 227gm pula biasa unsalted. Kandungan garam dalamnya yang selalunya jadikan berat butter buku 250gm.

– Kek sedap guna yang salted.

– Cookies lebih baik guna yang unsalted sebab rasa mentega yang lebih kaya rasa (rich and buttery)

Jenama pure butter apa yang best dan sesuai?

SCS, Tatura, Golden Churn : Shortbread, Tart, Kek, Brownies.

Anchor: Jenis drop cookies, cookies yang berterap (bentuk), Choc chip cookies, soft chewy cookies.

Lurpark: Scones, jenis Muffin, Kek, Brownies, Bars.

Emborg: Kek, Brownies, Bars.

Dah tiba tarikh expired tapi masih ada dalam peti sejuk, boleh pakai tak? Jawapan, masih boleh. Jangka masa?

– Ia masih tahan 1-2 bulan kalau dah buka bungkusan

– 3-4 bulan kalau belum buka bungkusan.

Kenapa pure butter ni tahan lama? Sebab ia tak banyak kandungan laktose, ia tinggi kandungan lemak. Simpan ia dalam packaging asalnya atau juga double wrap dengan foil.

Yang jenama lain-lain selain yang disebut di atas, semua boleh guna dan ia bergantung kepada citarasa masing-masing. Masih juga boleh berpandukan kepada ‘sifir’ pure butter yang salted untuk kek dan unsalted terbaik untuk buat cookies.

Ini bukan cerita butter-blend ya, ini hanya tentang mentega asli sahaja, dan ia pendapat personal berdasarkan eksperimen dan pengalaman saya sebagai baker aktif suatu ketika dahulu.

Walaupun anda dah jumpa mentega asli terbaik, tapi jika anda nak buat cookies, kalau guna butter keseluruhannya (100% – tak campur jenis lelemak yang lain), cookies anda akan rapuh teruk ya.. banyak kecainya nanti.

Sumber: Facebook Nieza Nor Hamnira

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×