Dapur

Resepi Biskut Sampan Asli Pakai Inti Original Iaitu Kelapa, Kuih ‘Lejen’ Orang Lama!

129
SHARES
biskut sampan inti kelapa

Biskut sampan antara kuih raya yang popular awal era 1970-an yang menggunakan inti aslinya iaitu kelapa. Namun, seiring pemodenan zaman intinya telah diubah menggunakan nestum. Maka, kali ini penulis ingin kongsikan resipi asli  biskut sampan inti kelapa supaya ia tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Jom buat resipi asli biskut sampan inti kelapa!

Baca juga: Resepi SUKUN Goreng Cicah Sambal Kicap Berapi, Sejuk Pun Masih Rangup!

BISKUT SAMPAN INTI KELAPA

biskut sampan inti kelapa

Gambar: Mashitah Amin

Biskut sampan legend. Saya guna resipi asal Azlina Ina.

BISKUT SAMPAN INTI KELAPA – KULIT SAMPAN KELAPA

Bahan-bahan:

  • 250g butter pure butter baru sedap
  • 100g gula ising
  • 1 biji telur
  • 1 sb esen vanila
  • 30g susu tepung
  • 500g+- tepung gandum cap ros

Cara-caranya:

  1. Satukan butter dan gula, gaulkan hingga sebati kalau guna senduk pun boleh.
  2. Masukkan telur dan esen vanila digaul rata lagi.
  3. Masukkan susu tepung dan tepung sikit-sikit sampai habis.
  4. Kemudian, uli sampai agak-agak jadi doh yang lembut.

Baca juga: Durian Belanda Muda Gugur Jangan Buang, Boleh Buat Goreng Tepung, Menu ‘Rare’ Kampung!

INTI SAMPAN KELAPA

biskut sampan inti kelapa

Gambar: Mashitah Amin

  • 120g butter pure butter
  • 150g kelapa kering
  • 30g gula ising
  • 50g badam cincang bakar dulu
  • 50g ceri merah dan hijau nak letak kismis sekali pun boleh

Cara-cara buat inti:

  1. Campurkan butter dan ising gaul hingga sebati.
  2. Tambah bahan-bahan lain dan gaul rata.

Baca juga: Resepi LEMPENG KAMPUNG Gemuk Gebu, Puas Dapat Makan Sampai Berebut!

LANGKAH BUAT BISKUT SAMPAN BERSAMA INTI

Okay sekarang cara buat biskut sampan ini:

  1. Ambil doh tekap pada acuan.
  2. Keluarkan elok-elok jangan buat tebal-tebal okay.
  3. Masukkan inti dan bakar 170 celcius dan masa 20-25 minit.

Baca juga: Resepi Ikan Siakap Bakar Sambal Melewah, Tanpa Air Asam Pun Masih Kecur Air Liur!

Sumber: Mashitah Amin via Berkongsi Ilmu Kuih Muih dan Masakan – BIKMM

FT Image: Mashitah Amin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×