Kalau anda lihat gambar kek sarang semut ini, memang cantik kejadiannya kan? Kalau nak tahu, resipi ini adalah versi kukus tapi tanpa diperap lama adunannya. Di mana, resepi kek sarang semut kukus tanpa perap ini diubah sedikit oleh Puan Siti Rosnani Mohd Nor.
Biarpun ia diubah tetapi kek ini masih cantik elok bersarang! Jom lihat resipinya di bawah.
Baca juga: Resepi Biskut Telur Yang Unik, KUDAPAN Ringan Di Waktu Petang Bersama Keluarga!
RESEPI KEK SARANG SEMUT KUKUS TANPA PERAPAN
Alhamdulillah, siap dah Kek Sarang Semut versi kukus tanpa perap. Saya kukus lebih kurang 1 jam.
Bahan-bahan:
- 1 cawan gula
- 1 cawan air panas
- 2 sudu besar mentega
- 4 biji telur gred A
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan tepung gandum di ayak
- 2 sudu teh soda bikarbonat di ayak
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu teh essen vanilla
Baca juga: Resepi PEKASAM Cendawan, Tarik Perhatian Penggemarnya Berbeza Dari Guna Ikan!
Cara penyediaan:
- Goreng gula tanpa minyak dengan api dpaur sederhana kecil sehingga cair.
- Masukkan air panas, gaullkan sehingga sebati sekiranya masih ada sisa gula yang belum cair.
- Masukkan mentega dan gaul sebati.
- Tutup api dan biarkan seketika.
- Pukul telur hingga kembang.
- Kemudian, masukkan susu pekat dan pukul hingga sebati.
- Masukkan tepung, baking powder dan soda bikarbonat yang telah diayak tadi, pukul hingga sebati.
- Masukkan esen vanilla dan kacau hingga sebati.
- Kemudian masukkan gula hangus tadi ke dalam bancuhan tepung dan gaul sebati.
- Kalau ikut resipi adunan kena perap tapi saya tak perap pun tunggu air mendidih terus kukus. Masa kukus itu bergantung pada saiz bekas atau loyang, periksa boleh cucuk guna lidi.
- Kukus selama 1 jam 45 minit atau bakar selama 60 minit dengan suhu 160 darjah celcius.
Nota:
- Tak ada mixer boleh guna mesin pengisar.
- Tak ada ketuhar (oven) boleh kukus selama 1 jam 45 minit.
- Jangan lupa sapukan mentega dan letak kertas minyak pada bekas yang digunakan untuk bakar atau kukus.
Baca juga: Resipi Bihun Goreng Kampung, Lembut & Sedap Sama Macam Air Tangan Nenek!
Sumber: Siti Rosnani Mohd Nor via Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
FT Image: Siti Rosnani Mohd Nor