Dapur

Resepi Kuih Apam Gula Hangus Segebu Kapas, Ada Teknik Supaya Berongga Elok!

19
SHARES
kuih apam gula hangus

Kuih apam merupakan antara kuih yang menjadi kegemaran ramai tidak mengira bangsa. Mudah dimakan dan rasanya yang enak serta gebu menjadi ramai dalam kalangan kita sering gagal dalam mencuba untuk menghasilkan apam yang gebu. Tambah pula kalau kuih apam gula hangus, lagi susah!

Bukannya apa, nak dapatkan apam yang gebu serta berongga elok di dalam itu memerlukan teknik. Jadi, berikut merupakan resepi yang dikongsikan oleh Nor Sakani Sasha.

Baca juga: Cara Buat Kek Sarang Semut Supaya Berongga-Rongga, Puas Hati Tengok Bersarang Elok!

CARA BUAT KUIH APAM GULA HANGUS

kuih apam gula hangus

Bahan-bahan 1:

-2 cawan gula
-2 cawan air panas
-3 sudu besar marjerin

Caranya:

1.Masukkan gula dalam kuali, cairkan dulu dengan api sederhana. Dah gula tu cair jadi warna keperangan-perangan baru masukkan air panas. Masuk air panas tu perlahan-lahan tau, terpercik sikit. Gaul sampai larut baru masukkan marjerin. Gaul lagi sampai marjerin tu cair.

Bahan-bahan 2:

-4 biji telur
-2 cawan tepung gandum (ayak)
-3 sudu susu pekat
-1 sudu teh baking powder (ayak)
-1 sudu teh soda bikarbonat (ayak)
-1 penutup esen vanila

Cara-caranya:-

1. Pukul telur sampai kembang ( blend pun boleh). Masukkan susu pekat. Pukul lagi. Lepas itu, masukkan pula esen vanila.

2.Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat & baking powder. Pukul lagi sampai sebati. Kemudian baru masukkan gula yang telah dicairkan tadi.

3.Pukul lagi sampai sebati. Siap! Boleh dah kukus dalam acuan. Kukus dalam 15-20minit. Pastikan acuan itu seeloknya sapu dulu dengan minyak ya sebab tak nak bagi kek melekat nanti.

kuih apam gula hangus

*Sedapnya! Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Masak Beras Basmathi Supaya Lembut & Peroi, Ada 4 Pantang Larang Jangan Buat!

Sumber: Nor Sakani Sasha

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×