Deko & Hias

Pelikkan Semut Suka Berumah Di Soket, Abang Pakar Kongsi Sebab & Cara Atasi!

34
SHARES
kotak suis

Semut bukan sahaja suka menghurung makanan manis, tapi pada kotak suis, soket elektrik atau plug di dinding rumah pun nak dikerumun juga. Secara tak langsung, ia boleh menyebabkan pendawaian atau peralatan elektrik menjadi rosak.

Hairan juga, mengapa ya semut suka berkumpul di soket? Mari ikuti penjelasan lanjut dari seorang pakar kawalan serangga perosak, Khairun Naim Abu Bakar beserta kaedah menghapuskan semut tanpa menyebabkan kerosakan pada soket ataupun sistem pendawaian.

Baca juga: Guna ‘Aluminium Foil’ Cuci Perhiasan Kusam, 

KOTAK SUIS RUMAH SI SEMUT

kotak suis

Gambar: Adi Harrizam

Menurut Naim, tempat perlindungan dan mencari sumber makanan adalah dua sebab mengapa semut suka berumah di soket.

“Kenapa semut suka buat laluan dalam soket, suis atau plug point dekat rumah kita?

“Semut ada dekat rumah kita kerana dua sebab. Pertama, nak cari tempat perlindungan dan sebab kedua, mencari sumber makanan.

“Dalam rumah kita, laluan yang selamat untuk semut guna adalah dekat plug point lah. Sebabnya, ia masuk dekat satu plug point, ia boleh keluar dekat seluruh rumah kita.

“Sebab plug point ini bercantum. Masuk dekat satu suis, ia boleh keluar dekat bilik tidur, bilik air, dapur dan seluruh rumah. Mudahlah ia nak nak cari perlindungan dan sumber makanan,” jelas Naim di akaun Tiktoknya @khairunnaim4 .

Ditambah lagi, laluan soket di dalam rumah berkongsi di dalam dinding dan tidak boleh dilihat. Maka, terciptalah terowong sebagai laluan untuk semut.

Baca juga: Tips Simpan ‘Car Seat CRS’ Anak Berbulan Dalam Stor, Elok Je Tak Ada Kulat!

Baca juga: Ini 10 Cara Halau Cicak Dari Rumah. Tak Datang ‘Berkampung’ Dah, Hidup Tenang!

Cara hapus semut tanpa merosakkan soket atau sistem pendawaian

kotak suis

Gambar: John Jamal

Justeru itu, Naim turut berkongsi kaedah yang selamat bagaimana boleh menghapuskan semut tanpa menyebabkan kerosakan pada soket ataupun sistem pendawaian.

“Pertama, kita kena ingat jangan menggunakan racun yang bersifat water base atau air. Kalau kita sembur racun bersifat water base dekat pendawaian atau soket rumah, mungkin boleh short. Kalau dah short, dah kena buat wiring satu rumah.

“Oleh itu, kita disarankan untuk menggunakan racun jenis gel. Bila kita titis di satu dua tempat, semut akan tertarik kepada gel tersebut, ia akan makan dan bawa ke sarangnya.

“Dengan cara ini, kita dapat singkirkan seluruhan koloni semut yang ada di dalam soket atau plug point,” kongsinya.

P/s: Semut ini ingat mereka dapat suite hotel lima bintang dalam soket kot!

Baca juga: Letakkan Uncang BERAS Dalam Almari, Esok Pagi Jangan Pelik Ada Bau Harum!

Sumber: Tiktok @khairunnaim4 

FT Image: sibinatang / John Jamal

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×