Euforia Bola 2026
Asuh

Rumah Tiba-Tiba Sunyi, Ibu Temui Anak Tidak Bernyawa Bersama Pengecas Telefon Dalam Mulut

pengecas telefon

Pengecas telefon, yang sering dianggap sebagai alat harian yang tidak berbahaya, kini menjadi punca kepada satu insiden tragis yang meragut nyawa seorang kanak-kanak.

Dalam kejadian menyayat hati yang tular baru-baru ini, seorang ibu tidak menyangka bahawa kelalaian kecil meninggalkan pengecas terpasang di soket boleh membawa padah yang tidak dapat ditebus.

Baca juga: Jangan Naik Angin Bila Anak Kecil Main Kemaluan Sendiri, Ini Masanya Mak Ayah Didik Tentang Seksual!

ANAK MAUT PENGECAS TELEFON DALAM MULUT

renjatan elektrik

Gambar AI

Kisah tragis ini dikongsikan oleh seorang pegawai perubatan, Dr Christabel Akinola, yang menceritakan detik cemas dialami seorang wanita yang kehilangan anak perempuannya akibat terkena renjatan elektrik daripada pengecas telefon.

Kejadian itu dipercayai berlaku ketika si ibu sibuk menyelesaikan tugasan di dapur. Anaknya yang sedang leka menonton televisyen dibiarkan sendirian di ruang tamu.

Namun, apabila ibu itu kembali, suasana rumah menjadi sunyi secara tiba-tiba, petanda yang sering kali dikaitkan dengan anak kecil mungkin dalam bahaya.

Bimbang akan keadaan anaknya yang tidak kelihatan, wanita berkenaan segera mencarinya di setiap bilik dan juga luar rumah.

Detik panik bertukar ngeri apabila dia menemui anaknya dalam keadaan tidak sedarkan diri, tersembunyi di sebalik katil.

Lebih mengejutkan, kanak-kanak itu ditemui dengan wayar pengecas di dalam mulut dan wayar yang masih terpasang pada soket serta mempunyai bahagian terdedah.

Walaupun tindakan pantas diambil dengan mencabut pengecas dan membawa anak ke hospital, nyawa si kecil tidak dapat diselamatkan. Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital akibat renjatan elektrik.

Baca juga: Anak 8 Tahun Tenang Imamkan Solat Jenazah Papanya, Ramai Sebak & Puji “Jelasnya Bacaan Adik”

pengecas telefon

Instagram @drbelswellness

Mengulas kejadian tersebut, Dr Akinola menekankan bahawa ramai ibu bapa sering terlepas pandang risiko tersembunyi dalam peralatan harian seperti pengecas. Beliau turut berkongsi beberapa langkah keselamatan bagi mengelakkan tragedi sebegini berulang.

Antara langkah pencegahan yang disarankan termasuk:

  1. Cabut pengecas dari soket apabila tidak digunakan. Menutup suis sahaja tidak mencukupi kerana arus elektrik masih mengalir.
  2. Gunakan penutup soket elektrik untuk menghalang anak kecil daripada memasukkan objek atau bermain dengan peranti yang dicabut.
  3. Elakkan menyuruh anak mengambil peranti yang sedang dicas.
  4. Hanya guna pengecas berkualiti dan asli. Jika terdapat kerosakan atau wayar terdedah, buang serta-merta.
  5. Jangan tidur dengan telefon yang sedang dicas di atas katil.

Baca juga: Tingkah Laku Ulang-Ulang (Stimming) Pada Anak, Normal Atau Patut Risau?

Dr Akinola menutup perkongsiannya dengan pesanan penting,

“Percaya bahawa tiada apa yang akan berlaku atau menganggap perkara ini tidak akan berlaku kepada anda merupakan satu kesilapan paling bahaya. Saya bersimpati terhadap ibu berkenaan. Sesiapa yang mempunyai anak kecil atau sering menerima kunjungan kanak-kanak seharusnya peka dengan perkara ini.”

Tragedi ini menjadi peringatan jelas buat semua ibu bapa dan penjaga bahawa keselamatan di rumah, terutama melibatkan alatan elektrik seperti pengecas telefon, tidak boleh dipandang ringan kerana nyawa anak kecil amatlah berharga.

pengecas telefon

Instagram @drbelswellness

Baca juga: Anak Ngadu Sakit Bahagian Telur Jangan Anggap Ringan, Lambat Rawat Buah Zakar Boleh ‘Rosak’!

Sumber: Instagram @drbelswellness

FT Image: AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×