Didik

Ragut Nyawa Remaja Cas Telefon Bimbit Dalam Bas, Lebih Berisiko Guna Soket 240V Arus Tinggi!

13
SHARES
renjatan elektrik

Kebimbangan terhadap keselamatan kemudahan elektrik dalam pengangkutan awam mulai timbul, berikutan kejadian renjatan elektrik yang meragut nyawa remaja ketika mengecas telefon bimbit di dalam bas pada Jumaat lalu.

Melalui hantaran Public Health Malaysia (PHM), renjatan elektrik yang berlaku dipercayai berpunca daripada soket berkuasa tinggi dalam bas tersebut.

Baca juga: Individu Ini Dedah Modus Operandi Jahat Di R&R, Ada ‘Tangan Panjang’ Cabut Skru Kereta Orang Awam!

RENJATAN ELEKTRIK KETIKA MENGECAS TELEFON BIMBIT

renjatan elektrik

“Renjatan elektrik yang berlaku dipercayai berpunca daripada soket berkuasa tinggi 220/240V dalam bas tersebut, bukan dari pengecas USB yang biasanya beroperasi pada voltan rendah,” ujar PHM menerusi satu kenyataan Prof Dr Sawal Hamid Md Ali dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kepada Berita Harian semalam.

“Soket (soket 240 voltan) dengan jumlah itu sama seperti di rumah yang berupaya menghasilkan renjatan elektrik sekiranya berlaku litar pintas. Sebaliknya, beliau berkata pengecas USB dengan nilai hanya 5V tidak mendatangkan sebarang masalah kerana voltannya lebih rendah,” kata beliau.

Baca juga: Cermin Kereta Retak Terkena Batu Mesin Rumput, Lelaki Ini Kongsi Tindakan Diambil!

Sementara itu, PHM mengulas lagi,

“Beberapa bas ekspres dilengkapi dengan ‘inverter’ yang menghasilkan arus 240V AC untuk menyediakan kuasa seperti di rumah. Namun, tanpa penyelenggaraan yang baik, risiko bahaya boleh wujud, terutama jika ada masalah pada pendawaian atau soket yang rosak.”

Pengguna perlu lebih berhati-hati dengan mengawasi 3 perkara ini:

  • Elakkan menggunakan soket elektrik dalam bas jika kelihatan longgar atau rosak.
  • Pastikan peranti anda dalam keadaan baik sebelum mengecas di tempat awam.
  • Jika ada keraguan, lebih baik berhati-hati daripada mengambil risiko.

Justeru itu, syarikat bas dan pihak berkuasa dinasihatkan untuk memperketatkan pemeriksaan dan penyelenggaraan terhadap kemudahan elektrik dalam bas. Di mana, keselamatan pengguna perlu menjadi keutamaan.

Syarikat bas mungkin boleh mempertimbangkan untuk menggantikan soket 240V dengan soket arus rendah, seperti USB 5V, yang lebih selamat untuk mengecas peranti elektronik sebagai langkah pencegahan.

Dengan cara ini, risiko renjatan elektrik yang boleh menyebabkan maut dapat dikurangkan.

Baca juga: Ketahui 6 Cara DIY Periksa ‘Defect’ Rumah Baru, Senang Nak Tuntut Dari Pemaju!

Operasi bas terbabit digantung

renjatan elektrik

Terdahulu, seorang remaja lelaki maut dengan tangan kirinya melecur akibat terkena renjatan elektrik ketika mengecas telefon bimbitnya di soket bas ekspres dalam kejadian di Terminal bas Penang Sentral, Butterworth, Pulau Pinang.

Dalam kejadian jam 6 petang Jumaat, mangsa, Mohamad Nur Asymawi Jasmadi, 18, ketika itu menaiki bas berkenaan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

Susulan itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, di dalam satu kenyataan di Facebook rasminya pada Ahad berkata, Kementerian Pengangkutan telah menubuhkan pasukan petugas khas (Special Taskforce) dan menggantung serta-merta operasi bas terbabit.

Baca juga: Wanita Kongsi MAIN KUTU Cara Selamat Di Maybank2u, Nak Cecah 10K Dah Target 10 Bulan Je!

Sumber: Public Health Malaysia 

FT Image: X – @fuzirbarry / Ihsan pembaca

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×