Famili

Remaja Maut Tertidur Di Atas Telefon Sedang Dicas, Bahaya!

10
SHARES

Sentiasalah berwaspada dan mengambil serius mengenai pengendalian sewaku menggunakan alat elektronik, di mana antaranya jangan sesekali tidur sambil meletakkan telefon yang sedang dicas di atas badan atau berhampiran anda.

Sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Mirror UK, kelmarin mendapati, seorang remaja perempuan meninggal dunia akibat renjatan elektrik semasa tertidur di atas telefon bimbitnya yang sedang dicas selepas dia mandi.

Baca juga: Dua Buah Keluarga ‘Bergusti’ Gara-Gara Potong Barisan Di Disney World

REMAJA MAUT AKIBAT RENJATAN ELEKTRIK

Gambar: Khorn Srey Pov, 17, maut selepas terkena renjatan elektrik melalui telefon bimbitnya ketika tidur, pada Rabu – Newsflash.

Mangsa, Khorn Srey Pov ditemui mati dalam keadaan menindih telefonnya. Mangsa bertugas sebagai penterjemah bahasa Mandarin di syarikat perlombongan emas Sing Yon Kong Yik di wilayah Kratie, Kemboja, lapor Kosmo.

Pada hari kejadian, remaja berusia 17 tahun itu baru selesai mandi. Dia kemudian mengecas telefon dan menghidupkan lampu suluhnya.

Beberapa pegawai tempatan berkata, dia maut di tempat kejadian akibat renjatan elektrik dengan voltan tinggi pada 27 Julai lalu.

Gambar: Newsflash.

Kematiannya mencetuskan perdebatan media sosial mengenai keselamatan pengecas telefon.

“Mereka sepatutnya mengadakan kempen kesedaran awam tentang cara mengendalikan peralatan elektrik. Saya melihat orang ramai sering menyentuh wayar hidup dan insiden malang seperti ini kerap berlaku,” kata seorang pengguna media sosial.

“Walaupun anda berada dalam keadaan kering, namun ia bukan idea yang baik untuk mempunyai salah satu daripada peralatan elektronik di atas katil bersama anda. Insiden ini sangat tragis,” kata seorang lagi netizen.

Sumber: Kosmo / Mirror.UK

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×