Famili

Dua Buah Keluarga ‘Bergusti’ Gara-Gara Potong Barisan Di Disney World

19
SHARES

Sebuah rakaman video menunjukkan pergaduhan besar tercetus apabila sebuah keluarga cuba menghalang seorang wanita daripada memotong barisan ketika bercuti di Disney World di Florida, menjadi tular dalam media sosial.

Insiden itu menyebabkan penangkapan, kecederaan sehingga dibawa ke hospital dan larangan seumur hidup untuk memasuki taman tema terkemuka tersebut, lapor Utusan Malaysia semalam.

Baca juga: Remaja Usia 15 Tahun Dikurung & Kaki Dirantai Kerana Sering Minta Makan

DUA BUAH KELUARGA BERTUMBUK DI DISNEY WORLD

Gambar: Kelihatan salah satu keluarga yang terlibat dalam pergaduhan besar yang tercetus di resort Disney World di Florida pada hari Rabu minggu lalu – Daily Mail.

Daily Mail melaporkan, rakaman video menunjukkan pergaduhan 10 individu yang mengamuk turut menyaksikan aksi tumbukan dan jeritan kata-kata cacian antara dua keluarga ketika berdiri dalam barisan panjang untuk menonton persembahan Mickey’s PhilharMagic di taman tema kanak-kanak itu.

Memetik laporan WDWNT, ketika kejadian, seorang wanita keluar daripada barisan untuk mengambil telefon bimbitnya yang tertinggal dalam skuter dan apabila dia kembali semula, sebuah keluarga lain yang sedang berbaris menghalangnya lalu menolak individu berkenaan.

CARI PADAH! SEBUAH KELUARGA DILARANG BERCUTI DI DISNEY WORLD SEUMUR HIDUP

Menurut saksi, keluarga wanita itu dilarang bercuti di Disney World untuk seumur hidup manakala dua individu daripada keluarga lain pula ditahan.

Beberapa individu yang terlibat dalam insiden pergaduhan itu mengalami luka dan lebam manakala seorang lagi dikejarkan ke hospital akibat cedera di bahagian dagu.

Gambar: Seorang wanita yang keluar barisan untuk mendapatkan telefon bimbitnya dan cuba kembali ke kedudukan keluarganya dalam barisan telah dihalang oleh sebuah keluarga lain – Daily Mail.

Rakaman awal insiden pergaduhan itu tersebar di media sosial pada minggu lalu.

Malah, satu lagi video baharu menunjukkan dua ahli pelakon Disney dan beberapa pengunjung cuba meleraikan pergaduhan antara dua keluarga itu.

Beberapa laporan media turut mendakwa salah sebuah keluarga mencuri atau merosakkan barangan peribadi milik pihak lawan seperti telefon bimbit dan pakaian jenama mereka.

Bagaimanapun, perkara itu tidak dapat dipastikan.

KEADAAN YANG HURU-HARA & SAMPAH BERTABURAN MERATA-RATA

Gambar: Daily Mail.

Satu lagi klip video pendek menunjukkan keadaan huru-hara sehingga sampah dan pakaian bertaburan merata-rata di kawasan itu ketika pengunjung cuba melindungi anak-anak mereka daripada kekacauan.

Pasukan polis, bomba dan paramedik dipanggil ke tempat kejadian untuk membantu meredakan situasi dan merawat kecederaan yang dialami pengunjung.

Sumber: Utusan Malaysia / Daily Mail

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×