Famili

Remaja Usia 15 Tahun Dikurung & Kaki Dirantai Kerana Sering Minta Makan

51
SHARES

Satu video yang menunjukkan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dirantai kakinya, dipercayai mangsa pengabaian dan penderaan menjadi tular dalam media sosial di Indonesia.

Baca juga: Hero Sambut Budak Perempuan Usia 2 Tahun Jatuh Dari Tingkat Lima

ANAK REMAJA 15 TAHUN DIKURUNG & DIRANTAI KAKI

Gambar: Keadaan anak ini yang kelaparan ketika ditemui orang awam – Kompas.com.

Dalam video tersebut, remaja yang mengenakan baju merah itu kelihatan amat kurus, dengan kakinya dirantai, lapor Utusan Malaysia semalam.

Dalam keadaan lemah, remaja itu menunjukkan isyarat dirinya lapar dan mahu makan kepada individu yang merakam videonya.

Remaja itu dipercayai keluar dari tempat kurungannya selepas ibu bapanya terlupa untuk mengunci pintu, sebelum dia ditemukan oleh para jiran.

Video itu dirakam oleh jirannya yang dikenali sebagai Fanny sebelum dia berkongsi kandungan tersebut dalam media sosialnya.

“Remaja itu dikenali sebagai R dan dia memberitahu, dia sangat lapar kerana ayah dan ibu tirinya tidak memberi dia makan, malah sering memukulnya.

“Disebabkan itu, kami berinya makan sambil menunggu pihak berkuasa datang ke lokasi,” kata Fanny kepada Kompas.com.

Polis kemudiannya menanggalkan rantai pada kakinya sebelum dibawa mandi di rumah jirannya.

Tidak lama kemudian, ibu bapa remaja itu datang dan memohon maaf atas yang berlaku serta meminta kebenaran untuk membawa anak mereka pulang ke rumah.

TAK MASUK AKAL ALASAN, ANAK SENDIRI YANG MINTA DIRANTAI

Gambar: CNN Indonesia.

Polis membenarkan mereka membawa remaja itu pulang ke rumah dan pasangan suami isteri itu hanya ditahan selepas polis mengumpul maklumat.

Berdasarkan soal siasat, ibu tiri mangsa menyatakan mangsa sendiri yang minta dirantai dan polis menyifatkannya sebagai perkara tidak masuk akal.

Jurucakap polis, Hengki berkata, remaja itu mempunyai banyak kesan luka dipercayai akibat dipukul oleh bapanya dan kini menerima rawatan di hospital sebelum dihantar ke rumah kebajikan.

“Ibu dan bapanya juga memberi alasan mereka merantai mangsa kerana dia sering minta makan,” ujarnya.

Sumber: Utusan Malaysia / Kompas.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×