Kuih apam yang biasa dilihat adalah berbentuk bunga atau bulat. Namun kali ini, minda kreatif rakyat Malaysia sekali lagi terserlah apabila kini wujudnya pula apam berbentuk kon aiskrim yang dinamakan sebagai Apam Cornetto.
Ya, sekali pandang ingatkan aiskrim. Apabila menoleh dua kali dan melihat dengan teliti, rupanya ia adalah kuih apam! Menarik bukan? Jom belajar buat daripada perkongsian resipi oleh Adryan Hamka, anak-anak mesti teruja melihat bentuk comel kuih ini yang berwarna-warni.
Baca juga: Teknik Salutan Bancuhan Sotong Goreng ‘Melekat’ Penuh, Puas Hati Bila Gigit Tau!
APAM CORNETTO WARNA-WARNI 3 BAHAN MUDAH!
![resepi kuih apam](https://media.siraplimau.com/2024/12/apam-cornetto-1.jpg)
Gambar: Adryan Hamka
Bahan-bahan:
- 330 gram tepung spongemix (tak guna 250 gram sebab stail saya buat adunan lebih dari cup)
- 4 biji telur gred A
- Esen vanilla
Baca juga: Cara Buat Kuih Ketayap Bebas ‘Gluten’, Sama Sedap Persis Yang Warna Hijau Itu!
Baca juga: Cara Matikan Bubuk Beras Dengan Simpan Dalam Botol, Wanita Ini ‘Prepping’ Dari 2021 Masih Elok Lagi!
Langkah-langkah menghasilkan apam cornetto:
![apam cornetto](https://media.siraplimau.com/2024/12/apam-cornetto-2.jpg)
Gambar: Adryan Hamka
- Guna kertas nasi lemak saiz D dan potong 8, kemudian lipat dan jadikan seperti kon aiskrim (boleh lihat video tutorial di sumber).
- Sediakan pengukus gas (pengukus yang lubangnya besar, jika lubang kecil tak muat nak letak kon aiskrim, air kukusan jangan banyak sebab takut basah bahagian bawah kon aiskrim nanti).
- Masukkan kon aiskrim ke dalam pengukus dan susun rapat-rapat (bahagian licin di luar, kasar di dalam, alas pengukus dengan besen kecil supaya stabil apabila letak kon sebab muncung bawah mesti terkeluar).
- Selepas itu, mix tepung gandum, telur dan esen vanilla sampai gebu (guna kelajuan mixer yang paling laju).
- Bahagikan adunan kepada dua dan letak pewarna ikut kesukaan (nak cantik kena 2 layer saja jadi warna tak serabut sebab kon ini saiznya kecil, jika 3 layer nanti nampak tak kemas).
- Masukkan adunan pertama ke dalam semua kon aiskrim, kemudian adunan kedua pula.
- Seterusnya, kukus adunan selama 10 minit dengan menggunakan api perlahan.
- Sementara itu, boleh sediakan topping coklat dengan menggunakan dark coin Beryl’s dengan teknik double boil.
- Setelah apam siap masak, boleh curahkan topping coklat di atas kon aiskrim.
- Akhir sekali, bekukan sekejap dalam peti ais di bahagian sejuk beku selama 10 minit. Siap!
![kuih apam cornetto](https://media.siraplimau.com/2024/12/apam-cornetto-3.jpg)
Gambar: Adryan Hamka
Baca juga: Individu Dedah 44 Jenis Ulam Yang Sesuai Buat NASI ULAM KEDAH, Wow Banyaknya Patutlah Sedap!
Sumber: Adryan Hamka
FT Image: Adryan Hamka