Dapur

Apam Tokyo (Kuih Manja) Resipi 3 Pilihan Inti Lemak Manis, Sekali Ngap Terus Hilang!

6
SHARES
apam tokyo

Apam Tokyo atau Kuih Manja mempunyai saiz yang comel, selain rasanya cukup unik dan sedap. Kulit luarnya berwarna coklat keemasan tetapi di dalamnya mempunyai inti yang kaya dengan pelbagai perisa.

Sebagaimana perkongsian resipi Apam Tokyo oleh Puan Izza Howzin ini, yang mempunyai tiga pilihan inti (filling) iaitu kastard, kaya dan kastard pandan. Dan tak ‘best‘ lah kalau anda pandang sahaja, jom buat bersama!

Baca juga: Rahsia Bubur Pulut Hitam Cukup Lemak Masin & Manis, Bila Masak Kepala Santan Buat Cara Ini!

APAM TOKYO RESIPI 3 INTI

resipi kulit apam tokyo

Gambar: Izza Howzin

Hari itu, saja-saja jual Apam Tokyo atau Kuih Manja ini sebab ada rakan di sini kata kawannya menjadikan kuih ini pendapatan utama. Tak sangka jualan saya dapat sambutan.

Mula-mula buat inti kastard, lepas itu kaya dan coklat. Tapi coklat bila panas agak cair.

Kemudian, saya buat lagi sebab orang order inti kaya homemade. Kulitnya saya suka garing-garing.

Selain itu, akak improve jadi kastard santan pandan. Akak addicted dengan flavour pandan asli.

Jom cuba buat!

Baca juga: Rahsia Sayur Masak Lemak Putih Kuah Pekat Berlemak, Cara Orang Pattani Masukkan 3 Bahan Ini!

Bahan-bahan dan cara penyediaan untuk kulit:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 1 biji telur
  • 1/4 cawan gula
  • 1/2 cawan susu segar/susu cair
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu besar marjerin cair
  • Secubit garam
  1. Pukul telur dan gula hingga kembang.
  2. Kemudian satukan dengan semua bahan lain dan kacau hingga sebati.
  3. Sendukkan atas pan.
  4. Calit inti dan lipat.

Baca juga: Resipi LAKSAM PUTIH GEBU GEBAS Yang Puas Hati Bila Makan, Perut Pun Riang ‘Bernyanyi’!

Bahan-bahan dan cara penyediaan inti kastard:

apam tokyo

Gambar: Izza Howzin

  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar kastard
  • 1/2 cawan gula
  • 1 1/2 cawan susu kotak/cair
  • 1 sudu teh pewarna
  • Sedikit esen vanilla
  1. Masak hingga pekat.

Baca juga: 6 Jenis Sayur Yang Mudah Ditanam Di Kawasan Rumah, Nak Pakai Boleh Petik Saja!

Bahan-bahan dan cara penyediaan inti kaya:

apam tokyo

Gambar: Izza Howzin

  • 60g gula
  • 125ml air panas
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 170g gula
  • 300ml santan
  • 3 biji telur
  • Daun pandan
  • Secubit garam
  1. Hanguskan 60g gula. Masukkan air panas.
  2. Bancuh bahan-bahan lain satukan semua ke dalam periuk.
  3. Masak sampai likat.
  4. Nak cantik licin macam kaya di kedai, bila dah siap jangan lupa kisar sebab memang cantik licin.

Baca juga: Resipi Jeli Rambutan Segar, Letak Banyak Hirisan Isi Baru Puas Makan Sejuk-Sejuk!

Bahan-bahan dan cara penyediaan inti kastard pandan:

apam tokyo kastard pandan

Gambar: Izza Howzin

  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sdb tepung kastard
  • 1/2 cawan air pati pandan pekat
  • 1 cawan santan
  • Secubit garam
  1. Kisar semua bahan.
  2. Masak sampai likat.

Baca juga: Resepi Apam Gula Hangus, Cuma Kukus 10 Minit Dalam Kuali Saja!

Sumber: Izza Howzin

FT Image: Izza Howzin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×