Dapur

Resipi Jeli Rambutan Segar, Letak Banyak Hirisan Isi Baru Puas Makan Sejuk-Sejuk!

20
SHARES
resepi pencuci mulut

Sekiranya anda seorang penggemar jeli kelapa, mesti anda akan jatuh cinta juga dengan resepi pencuci mulut jeli rambutan. Rasanya memang sedap apatah lagi ia dari kemanisan buah rambutan yang asli.

Ditambah pula dengan hirisan isi rambutan yang segar, memang sukar nak tolak pencuci mulut ini! Kalau anda nak rasa kesedapan jeli rambutan ini bagaimana, boleh cuba resipi jeli rambutan dari Normah Bahari.

Baca juga: 7 Resipi Ringkas Untuk Mak-Mak Yang Sibuk Bekerja, Cepat, Sedap & Buat Perut Kenyang!

RESEPI PENCUCI MULUT JELI RAMBUTAN

resepi pencuci mulut

Gambar: Normah Bahari

Ini bukan jeli kelapa tau, tapi jeli rambutan Pada yang ada banyak buah rambutan, cuba buat yaa. Resipi yang ini boleh dapat 20 bekas.

Bahan-bahan:

  • 1 kg buah rambutan direbus
  • 20 biji buah rambutan dihiris panjang
  • 20 gm agar-agar
  • 10 cawan air (kalau suka lembut lagi, tambah air)
  • 10 sudu gula (kalau tak mahu manis kurangkan)
  • 3 helai daun pandan

Baca juga: Ikan Selayang (Sardin) Rebus Harum Mewangi, Sampai Licin Pinggan Sebab Cara Ini Isinya Lebih Pejal!

Baca juga: Resipi Kek Marble Neopolitan Manis-Manis Buah, Nak Buat Gebu Adunan Kena Ringan Baru Jadi!

Cara membuatnya:

  1. Rebus 1 kg rambutan bersama 10 cawan air dengan api sederhana dalam 20 minit.
  2. Setelah itu, masukkan daun pandan dan agar-agar.
  3. Bila agar-agar sudah kelihatan hancur, masukkan gula.
  4. Apabila sudah mendidih, tapis dan tuang dalam bekas cawan.
  5. Hiris rambutan yang segar dan masukkan ke dalam agar-agar tadi, setiap bekas dihiris satu biji.

Menu ini seperti jeli kelapa juga, tapi rasa rambutan. Selamat mencuba!

Baca juga: Step By Step Resepi Mi Kari Sedap, Kuah Berlemak Elok, Barulah Puas Hirup Kuah!

Sumber: Normah Bahari

FT Image: Normah Bahari / suksao

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×