Dapur

Resepi LAICI KANG, Air Berbuka Puasa Penyejuk Tekak Yang Melegakan~

21
SHARES
air berbuka puasa

Terdapat pelbagai jenis air berbuka puasa yang menarik untuk dinikmati, termasuklah minuman pencuci mulut laici kang yang boleh dihidangkan suam atau sejuk. Laici kang atau leng chee kang merupakan campuran bahan yang telah dimasak direndam dalam sup manis.

Bahan-bahan berbeza bergantung kepada si pembuat, tetapi biji teratai selalu menjadi bahan utama. Selain itu, anda boleh masukkan longan kering, barli, agar-agar kembang semangkuk dan gula batu ke dalam sup sebagai bahan kedua.

Baca juga: Resepi Ayam Masak Bawang Ala Kedai Nasi Kandar, Menu ‘Simple’ Untuk Sahur!

AIR BERBUKA PUASA LAICI KANG

air berbuka puasa

Gambar: Ariff Budiman Zainal Abidin

Jom cuba buat minuman berbuka laici kang nanti dengan mengikuti resepi dari Ariff Budiman Zainal Abidin, di bawah.

Hari ini cadang nak buat air laici kang. Kebetulan ada kedai yang jual timbang jadi tak lah beli dalam kuantiti yang banyak. Nak minum, beli dan buat.

Saya beli bahan seperti dalam gambar.

Baca juga: 5 Tips Pilih Daun Pisang Untuk Bungkusan Makanan, Ilmu Berguna Buat Peniaga!

Bahan-bahan:

air berbuka puasa

Gambar: Ariff Budiman Zainal Abidin

  • Biji selasih
  • Barli
  • Getah anggur
  • Kundur
  • Kulat kering
  • Kismis
  • Kembang semangkuk
  • Longan kering
  • Gula batu
  • Gula kabong

Baca juga: Ini Proses Buat Cincau Hitam Dari Pokoknya, Lebih Asli & Sedap!

Cara penyediaan laici kang:

minuman berbuka puasa

Gambar: Ariff Budiman Zainal Abidin

  1. Biji selasih dan kembang semangkuk saya rendam hingga kembang.
  2. Bahan lainnya saya rebus.
  3. Masuk sehelai daun pandan nak bagi wangi.
  4. Kemudian, biar ia sejuk.

Dah siap! Selamat mencuba.

Baca juga: Menu Iftar Ramadan Seminggu Tanpa Minyak 100%, Sesuai Buat Pengamal Diet Sihat

Sumber: Ariff Budiman Zainal Abidin

FT Image: Ariff Budiman Zainal Abidin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×