Dapur

Resepi AISKRIM CUP Mudah & Menarik, Boleh Suri Rumah Buat ‘Side Income’!

41
SHARES
aiskrim cup

Aiskrim merupakan pencuci mulut yang digemari oleh pelbagai peringkat umur. Jadi, kali ini penulis ingin berkongsikan resepi aiskrim cup yang mudah dan paling penting rasanya memang lazat!

Resepi aiskrim cup ini adalah dari Nurul Ashikin. Menurutnya, selain dinikmati bersama seisi keluarga, ia juga boleh menjadi pendapatan sampingan untuk suri rumah. Jom belajar buat!

Baca juga: Resepi KEROPOK IKAN BILIS Guna Nasi, Menu ‘Ngeteh’ Enak Bersama Keluarga!

AISKRIM CUP

aiskrim cup

Gambar: Nurul Ashikin

Mari kita belajar cara buat aiskrim pula. Mak-mak suri rumah boleh buat side income tau, sambil-sambil duduk rumah poket pun masuk. Jual aiskrim je hehehe.

Boleh dapat dalam 35-40 cup untuk resipi ini.

P/s: Resipi saya halalkan.

Baca juga: Rahsia 13 Kelebihan TEPUNG JAGUNG Selain Masakan, Macam-Macam Boleh Buat!

Resepi aiskrim cup

  • 1 tin susu pekat
  • 1 tin susu cair
  • 3 tin air
  • 2 senduk makan tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
  • 2 senduk makan ovalatte
  • 1 senduk makan esen vanilla/serbuk vanilla
  • 2 cawan fresh cream/whipping cream ND (saya guna brand vivo)

Baca juga: Semua Kena Tahu 5 Fungsi BUAH KERAS Dalam Masakan, Patutlah Sedap Lain Macam!

Cara-cara penyediaan:

aiskrim cup

Gambar: Nurul Ashikin

  1. Masak base susu hingga mendidih.
  2. Setelah mendidih masukkan bancuhan tepung jagung.
  3. Sejukkan (lebih elok kalau bekukan semalaman).
  4. Campurkan base susu tadi (kalau beku kena hancurkan dulu) dengan fresh cream+ovalatte+vanilla esen.
  5. Mix guna kelajuan perlahan.
  6. Bila bancuhan dah sebati baru gunakan kelajuan yang no 4@5 (mix dalam 15/20mnit).
  7. Akhir sekali, isi filing dalam cup dan masukkan aiskrim tadi.
  8. Boleh lorekkan filling di atas aiskrim guna lidi.

*Fungsi aiskrim dibekukan semalaman adalah untuk ia lebih gebu.

Baca juga: Tips Sambal Tahan Lama Untuk Peniaga Kecil, Buat ‘Retort’ Cara Kampung Ini!

Sumber: Nurul Ashikin

FT Image: Nurul Ashikin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×