Dapur

Aiskrim Malaysia Kacang Merah, Antara Perisa Awal Yang Wujud & Dirindui, Ini Resepinya!

163
SHARES
aiskrim kacang merah

Di Malaysia, aiskrim batang atau aiskrim Malaysia merupakan manisan sejuk beku yang sangat popular dan mudah disediakan sendiri. Ia juga kaya dengan pelbagai perisa, termasuklah aiskrim kacang merah yang merupakan antara perisa awal yang telah wujud dari dulu lagi.

Disebabkan aiskrim Malaysia ini sudah melalui peredaran zaman yang semakin maju, maka lahirlah pelbagai campuran perisa yang unik dan kreatif menjadikan perisa kacang merah sudah jarang ditemui. Jadi, sekiranya anda merindui memori bersama aiskrim kacang merah, apa kata ikuti resipinya dari saudara Zaky Mat Ali.

Baca juga: Resipi Lempeng Oat Lembut & Lazat, Lumayan Masuk ‘List’ Menu Ibu Berpantang!

AISKRIM KACANG MERAH

aiskrim kacang merah

Gambar: Zaky Mat Ali

Assalamualaikum sahabat semua. Rugi tak cuba buat aiskrim kacang merah, rasa sedap lemak manis. Saya ikhlas berkongsi resipi. Boleh lihat Facebook saya Zaky Mat Ali untuk banyak lagi resipi sedap dan mudah.

Boleh buat aiskrim ini untuk makan sendiri, boleh buat untuk berniaga. Semoga semua sahabat saya dimurahkan rezeki dan dikurniakan rezeki yang tak disangka- sangka.

Baca juga: Tak Ada Tepung Atta, Boleh Guna Tepung Gandum Buat CAPATI, Lebih Sedap & Lembut!

Bahan-bahan:

aiskrim kacang merah

Gambar: Zaky Mat Ali

  • 350 gram kacang merah
  • 2.5 liter air masak
  • 1 cawan gula
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1 kotak santan (kecil)
  • 1 tin susu cair
  • 3 sudu tepung jagung
  • 3 sudu sirap
  • 1 sudu kecil garam

Cara penyediaan:

aiskrim kacang merah

Gambar: Zaky Mat Ali

  1. Rendam kacang semalaman. Kemudian rebus sampai empuk dan kisar kasar.
  2. Didihkan air, masukkan gula.
  3. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dan kacau.
  4. Masukkan susu pekat, santan, sirap dan garam.
  5. Masukkan kacang merah dan kacau sebati.
  6. Bila dah sejuk boleh masukkan dalam plastik aiskrim. Simpan dalam peti beku semalaman.

Baca juga: Resipi Cupcake Coklat Gebu & Lembut Untuk Keluarga Kecil, Guna Sebiji Telur Je!

Sumber: Zaky Mat Ali via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

FT Image: Zaky Mat Ali

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×