Dapur

Tips Lembutkan Kacang Hijau Sebelum Dimasak, Pejam Mata Pun Boleh Buat!

104
SHARES
tips melembutkan kacang hijau

Buat peminat kacang hijau, kalau dapat pekena aiskrim kacang hijau mesti nikmat kan? Justeru itu, penulis kongsikan tips melembutkan kacang hijau yang dapat membantu anda sekiranya ingin membuat makanan berasaskan kekacang ini.

Selepas ini, tiada alasan lagi untuk tidak menggunakan kacang hijau yang sememangnya keras kejadiannya kerana anda sudah tahu ‘trick’ ini. Mari ikuti perkongsian tips dari Puan Seri Ramlan di bawah.

Baca juga: Resepi Minyak Bawang Putih, Bukan Je Sedap Tapi Banyak Khasiat!

TIPS LEMBUTKAN KACANG HIJAU SEBELUM DIMASAK, PEJAM MATA PUN BOLEH BUAT!

tips melembutkan kacang hijau

Suka makan bubur kacang? Ini saya bagi tips lembutkan kacang dengan cepat. Tak payah rendam berjam-jam. Tak payah rebus lama-lama, confirm cepat masak dan jimat gas.

Boleh buat bila pagi-pagi teragak nak buat bubur kacang. Tips ini tak perlu untuk yang ada periuk pressure cooker ya.

TIPS MUDAH LEMBUTKAN KACANG HIJAU

CARA-CARANYA:

1. Basuh bersih-bersih kacang hijau.

2. Bungkus dalam plastik dan letak air, macam nak buat ais batu.

3. Kemudian frozen kan.

BILA NAK MASAK JADI CEPAT & MUDAH!

Bila-bila nak masak, tak payah nyah beku.

Masuk dalam periuk dan tambahkan air, terus rebus.

Tak sampai 20 minit kacang dah kembang, senang dan jimat masa.

Selamat mencuba.

CARA INI JUGA BOLEH DIGUNAKAN UNTUK LEMBUTKAN BERAS – NETIZEN

Meninjau di ruang komen rata-ratanya menyukai idea ini, selain memaklumkan teknik ini boleh digunakan untuk melembutkan beras dengan cepat sebelum dijadikan bubur.

KETAHUI RAHSIA KEBAIKAN KACANG HIJAU

Kalau nak tahu, menurut Hello Sehat kacang hijau membekalkan banyak manfaat kepada tubuh badan manusia. Antaranya ialah:

1. KURANGKAN RISIKO PENYAKIT JANTUNG

Beberapa pengkaji menyatakan, makan kacang hijau berpotensi menurunkan risiko penyakit jantung. Antioksidan vitexin dan isovitexin pada kacang hijau dapat menghalang penyerapan kolesterol serta pembentukan jaringan lemak.

2. KURANGKAN KOLESTROL DALAM BADAN

Manfaat lain, dapat juga mengurangkan kolesterol dalam tubuh badan kerana zat antioksidan di dalam kacang hijau dapat membantu menurunkan jumlah kolesterol.

3. MENURUNKAN TEKANAN DARAH

Bahkan, protein pada kacang hijau tidak hanya bantu membentuk otot tetapi juga memberikan khasiat kesihatan kepada penghidap penyakit tekanan darah tinggi. Protein ini dapat menghalang angiotensin converting enzyme (ACE) bergiat aktif, yang merupakan enzim kepada penyebab tekanan darah tinggi terjadi.

Sumber: Facebook Seri Ramlan, Hello Sehat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×