Dapur

Petua Guna Kacang Hijau Manfaat Pada Orang Ada Vertigo, Migrain & Pitam!

2
SHARES
petua guna kacang hijau

Siapa sangka petua guna kacang hijau dan garam banyak kelebihannya dalam merawat pelbagai masalah kesihatan. Di mana, ia dipercayai berkesan ke atas beberapa penyakit seperti mengalami vertigo, mudah pitam, mempunyai tekanan darah rendah dan migrain.

Perkongsian dari Cik No Or mengenai petua guna kacang hijau dan garam ini mungkin boleh diamalkan oleh pembaca SirapLimau sebagai rawatan alternatif untuk memulihkan kesihatan anda. Mari ikuti cara penyediaannya di bawah!

Baca juga: Ada 7 Petua Mudah MELEGAKAN Gigitan Serangga, Guna Bawang Merah Pun Elok!

PETUA GUNA KACANG HIJAU & GARAM

petua guna kacang hijau

On the way ke hospital tadi, Cik No on radio. Lepas itu, sempat lah dengar deejay radio tu berceloteh. Dia ada berkongsi 1 petua mudah. Petua yang dikongsi dari seorang Ustaz. Petua ini memang mak dia sendiri yang amalkan. Alhamdulillah, memang berkesan katanya.

PETUA GUNA GARAM & BIJI KACANG HIJAU

Cik No percaya ramai yang dah tahu petua ini. Mungkin dah ramai pun yang dah dapat manfaatnya. Tapi bagi yang baru tahu, boleh lah cuba amalkan ye.

Petua ini memang mudah dan jimat. Dan katanya juga, petua ini memang amat berkesan untuk yang ada vertigo, yang mudah pitam dan untuk orang yang ada tekanan darah rendah. Juga bagi yang ada masalah sakit sendi yang ringan.

Baca juga: Manfaat Tombong Kelapa Bantu Rawat Sakit Buah Pinggang, Minum Tiap Pagi!

Bahan-bahan:

Hanya guna dua bahan mudah di dapur.

Cara-caranya:

  1. Campur kedua bahan tersebut dan diletakkan atas kertas surat khabar.
  2. Kemudian pijak dengan kaki.
  3. Sambil pijak-pijak tu boleh lah berselawat dan berzikir.

Insya Allah, penyakit akan beransur hilang dan pulih seperti sediakala. Bila dah rasa lega boleh simpan campuran tadi, sebab kita boleh guna berulang kali selagi garam masih belum berlengas dan berair.

Petua ini juga elok diamalkan oleh pesakit migraine dan memang dah ramai pun pesakit yang berjaya pulih lepas cuba kaedah ini. Allah yang menentukan kita hanya berusaha dan bertawakkal kepada Nya. Sekian, semoga bermanfaat.

Baca juga: Tak Sangka Air Rebusan Kayu Manis Ceylon Boleh Kuruskan Badan & Rawat Sakit Kaki, Mujarab!

Sumber: No Or

FT Image: sinarplus / hellosehat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×