Sihat

Cara Hilangkan Migrain Berdenyut Guna Terapi Ais Kiub, Lepas 5 Minit Dah Ringan Kepala!

23
SHARES
cara hilangkan migrain

“Tegangnya rasa di belakang tengkuk ni mesti nak migrain. Apa cara hilangkan migrain ya, dah macam-macam cara cuba..”

Sudah pasti apabila datang rasa sakit dan sengal di bahagian belakang leher, anda tidak dapat fokus membuat kerja. Hal ini kerana rasa sensasi migrain berdenyut-denyut di leher dan di kepala membuatkan anda rasa seperti ingin pulang ke rumah dan tidur sahaja. Jika ubat yang dimakan pun tidak menunjukkan hasil, apa kata cuba pula terapi menggunakan ais kiub yang diletakkan di belakang leher seperti yang dikongsikan ini.

Baca juga: Muda Lagi Pun Rambut Dah Penuh Uban, Punca Nombor 8 Tu Ramai Selalu Buat Hari-Hari!

CARA HILANGKAN MIGRAIN LETAK KETULAN AIS DI TENGKUK

cara hilangkan migrain

Ramai yang ada masalah migrain dan bila dah kena memang tak boleh fokus buat kerja. Ada yang perlu rehat dan ambil cuti lagi. Kalau selalu kena masalah ini bukan saja menyeksakan tapi juga boleh jejaskan kerja. Lagi satu asyik makan ubat pun tak elok juga.

Untuk yang selalu kena migrain mungkin boleh cuba cara semula jadi untuk redakan migrain atau sakit kepala seperti yang dikongsi oleh ustaz Norazri Medzlan yang juga Pengasas at Pusat Rawatan As-Syifa An-Nur di Kuantan, Pahang. Cuma guna ketulan ais, 10 minit lega. Caranya mudah hanya guna ketulan ais. Langkahnya:

1.Letak ketulan ais di tengah tengkuk atau belakang leher.

2. Biarkan ais di situ dalam 10 minit.

3. Hasilnya migrain terus reda dan kepala jadi ringan.

Menurut beliau ini adalah kali kedua dia mencuba tip ini, pertama ketika sakit tengkuk akibat salah bantal dan kedua akibat migrain. Ternyata tip yang hanya dibaca sebelum ini berkesan bila dipraktikkan. Bagi yang ada migrain bolehlah cuba. Tak perlu modal apa-apa cuma ketulan ais saja.

*Selamat mencuba!

Baca juga: Ubat Sakit Lutut Tradisional Guna Asam Gelugur, Minum Je & Tak Payah Solat Guna Kerusi Dah!

Sumber: Siti Hailia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×