Cantik

Amalkan Minum Herba Cina Ini Kalau Ada Masalah Mata Rabun & Silau, Ala-Ala Laici Kang!

8
SHARES
minuman herba cina

Ramai yang mengatakan bahawa, mengamalkan herba-herba Cina mampu untuk membekalkan khasiat kepada badan kita khususnya untuk penglihatan mata. Antara minuman herba Cina yang popular dan menjadi kegemaran ramai sudah semestinya Lotus Seed Herbal Care yang mempunyai pelbagai jenis herba kering di dalamnya.

Boleh juga dijadikan minuman ala-ala Laici Kang, mungkin ramai yang risau rasanya tidak sedap kerana berada dalam kategori minuman herba. Namun tidak ya, kerana rasanya sangat sedap! Jom kita cuba.

Baca juga: Terkejut Baca Kebaikan Minum Teh Bunga Chrysanthemum, Anda Boleh Jadi Secantik Bunga!

AMAL MINUM MINUMAN HERBA CINA INI, BANYAK KHASIAT!

minuman herba cina

Ada masalah mata kabur dan silau? Setiap pagi cuba amalkan minum herbal care lotus seed. Herbal drink kegemaran kaum Cina bukan untuk mata je tapi untuk kecantikan dan kesihatan.

I suka minum yang ada goji berries ini sebab memang baik untuk mata dan hati. Banyak khasiat lain juga. Tak rasa pahit pun sebab ada longan. Bila kita rebus dia akan kembang. Sedap! Tak perlu tambah gula pun. Antara khasiat yang ada adalah:

-Longan bagus untuk ketenangan minda dan otak
-Lotus seed untuk detoks
-Snow fungus untuk cantikkan kulit
-Lily bagus untuk kesihatan paru-paru dan hati

Tak payah supplement lain dah dan herba ini selalu ada jual kat kedai herba Cina. Kalau cari dekat pasaraya maybe yang dijual itu asing-asing. So kalau nak senang boleh beli satu pack macam ini senang. Lagi bagus kalau sebelum rebus, anda rendam dan asingkan dulu. Kalau nak cepat, boleh je rebus semua. Dalam satu pek selalunya akan mengandungi herba-herba seperti:

-Longan kering
-Biji teratai
-Peach gum
-Kurma merah
-Biji teratai salju
-Buah goji
-Lily bulbs Petals

minuman herba cina

Untuk anda yang nak tambah madu ke dalam minuman ini pun tidak menjadi masalah. Bukan itu sahaja, boleh juga dijadikan sebagai pencuci mulut dan nak diminum panas atau sejuk pun boleh. Sedap!

*Selamat mencuba!

Baca juga: Amal Minum Pati Lemon Ini Selama 100 Hari, Kulit Bebas Cela & Angin Dalam Badan ‘Lari’!

Sumber: X @AinulNunanaa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×