Cantik

Terkejut Baca Kebaikan Minum Teh Bunga Chrysanthemum, Anda Boleh Jadi Secantik Bunga!

8
SHARES
teh bunga chrysanthemum

Seringkali orang hanya membicarakan tentang kebaikan dan khasiat teh hijau sahaja. Namun, tahukah anda bahawa selain teh hijau, teh bunga chrysanthemum atau bunga kekwa merupakan salah satu jenis teh yang mempunyai khasiatnya yang tersendiri kerana boleh menjadikan kulit anda cantik!

Bukan sahaja rasanya enak, teh bunga dari bunga chrysanthemum ini juga tidak asing sebenarnya dengan rakyat Malaysia kerana selalu juga air teh bunga ini dijual di pasar malam. Tak sangka, khasiatnya juga boleh melebihi teh hijau seperti yang dikongsikan oleh pakar di bawah.

Baca juga: Amal Minum Pati Lemon Ini Selama 100 Hari, Kulit Bebas Cela & Angin Dalam Badan ‘Lari’!

KEBAIKAN MINUM TEH BUNGA CHRYSANTHEMUM UNTUK KULIT BEBAS JERAWAT

teh bunga chrysanthemum

Chrysanthemum ialah tumbuhan berbunga yang berasal dari Asia Timur. Bunga ini juga mempunyai nama Latin Chrysanthemum Morifolium, biasanya dijadikan sebagai teh herba, tetapi kadang-kadang juga diproses menjadi makanan tambahan atau suplemen.

Menurut perkongsian Dr. Rizal Abu Bakar, kalau anda nak baiki kulit, seperti nak kurangkan masalah seperti jerawat, pigmentasi, biji biji halus, kulit merah. Amal minum teh bunga Chrysanthemum!

Hal ini kerana, dalam teh bunga ini ada amino acid sebanyak 60% lebih banyak berbanding green tea. Bukan itu sahaja, ada vitamin B seperti Choline, Folacin, Niacin, Pyridoxine, Riboflavin untuk metabolisma, energy booster dan kulit sihat. Malah, kalau ada dalam kalangan anda yang kerap stress, anxiety, sukar lena, berdampinglah dengannya. Teh Chrysanthemum juga tinggi vitamin A dan C untuk sistem imun kebal. Minum 2 kali seminggu.

Kalau nak turunkan berat, minum selepas makan. Paling afdal, minum tanpa pemanis. Kalau tiba tiba rasa macam nak demam. Tekak mulai gatal. Hidung mulai tersumbat. Minum teh dicampur sedikit madu asli. Paling padu, ada Cumambrin A – berpotensi cegah ‘bone loss’. Cegah risiko terkena osteoporosis. Boleh lah amal.

teh bunga chrysanthemum

*Jadi buat peminat teh crysanthemum semua, jom kita tambah stok teh! Kalau boleh, elakkan yang terlampau manis ya..

Baca juga: Hilangkan ‘Kerak’ Kaki Dengan Buat Skrub Guna 4 Bahan Ini, Barulah Wajah Cantik Kaki Cantik!

Sumber: Dr.Rizal Abu Bakar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×