Dapur

Ada Darah Tinggi & Migrain? Minum Air Rebusan Daun Sup, Mujarab Tau!

24
SHARES
air rebusan daun sup

Siapa sangka daun sup yang biasa digunakan sebagai penyedap dan penghias hidangan, boleh dimanfaatkan dalam mengubati penyakit. Anda perlu membuat air rebusan daun sup dalam segelas dan meminumnya hanya sehari sekali sahaja.

Selain menurunkan darah tinggi, air rebusan daun sup ini juga dipercayai boleh merawat sakit kepala, batuk, senggugut dan sebagainya. Nak tahu lagi kelebihan air rebusan daun sup ini dan cara penyediaannya, mari lihat resipi dari Puan Lia Yob Ibrahim

Baca juga: Tips Masak Nasi Goreng Versi Sihat, Perut Kenyang & Kesihatan Tubuh Pun Terjaga!

AIR REBUSAN DAUN SUP RAWAT DARAH TINGGI

air rebusan daun sup

Gambar: Lia Yob Ibrahim

Anda fikir saya ada masa sakit kepala? Haaa itu iklan panadol kan. Tapi ramai yang tak suka ambil ubat-ubatan ini. Melainkan natural remedy kan. Macam abah Mak Maneh pun memang jenis tak suka nak makan pil, melainkan dah terpaksa lah. Selagi boleh elak dia elak.

Dua tiga hari lepas, Makmaneh telefon kawan baik. Itu lah dia cerita. Mak dia pun suka amalkan petua perubatan Melayu. Minum air bawang putih lah, mengurut dengan minyak tanah lah.

Baca juga: Minum Air Rebusan Ini Bantu Hilang Kebas Kaki & Tangan, Serta Info Simptom Penyakit!

Khasiat daun sup beri kepada kesihatan tubuh badan

Suka Mak Maneh nak kongsikan dekat sini pasal salah satu khasiat daun sup ini. Alah orang sekarang panggil saderi (celery). Daun sup ini khasiat dia banyak rupanya.

Selalunya, kita guna buat tabur saja atas sup tak pun makanan kan. Tak la terfikir nak guna buat rawatan.

Sekali kawan baik Mak Maneh beritahu, dia kalau sakit kepala saja rebus lah daun sup buat minum. Lah baru ku tau. Mak Maneh risik lagi macam mana nak amalkan. Uishhh, rupanya senang saja ubat sakit kepala.

Eh! Bukan setakat sakit kepala biasa saja lah…darah tinggi, migrain, sakit sendi sendi pun bagus. Ada juga yang minum air rebusan ini nak bersihkan buah pinggang.

Daun sup ini bersifat duretik dan antiseptik. Segala kotoran dari dalam badan akan dikeluarkan melalui air kencing.

Aaah, lagi satu. Kalau siapa yang nak diet tu elok lah amalkan makan daun sup atau saderi ini, sesuai sangat. Okay mari nak kongsi cara nak atasi cara nak turunkan tekanan darah.

Baca juga: Abang Jangan Risau Kepala Makin Botak, Makan KUACI BIJI LABU Boleh Lebat Rambut Semula!

air rebusan daun sup

Gambar: Pilih yang masih segar, potong pendek dan rebus. – Lia Yob Ibrahim

Bahan-bahan:

  • Daun sup bersama akar
  • 2 mug air

Cara penyediaan:

  1. Ambil sedikit daun sup sekali dengan akarnya.
  2. Basuh bersih-bersih.
  3. Kemudian, potong pendek-pendek.
  4. Masukkan dalam periuk.
  5. Tuang 2 mug air.
  6. Rebus sampai jadi 1 mug air saja.

Siap! Nak minum tengah suam pun boleh, nak minum tunggu sejuk pun boleh. Tapi minum sekali sehari saja, jangan lelebih.

*TIPS PENTING

Minum air putih mencukupi untuk memudahkan toksin dalam badan keluar. Ikut berat badan. Nisbah mudah 25kg untuk 1 liter air.

Baca juga: Khasiat Teh Bunga Raya Yang Pelbagai & Tak Disangka Orang Pun! Jom Amalkan

Sumber: Lia Yob Ibrahim

FT Image: Lia Yob Ibrahim / iloveborneo.my

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×