Dapur

7+ Kebaikan Telur Puyuh Orang Tak Sangka & Info Menarik Berkaitannya!

4
SHARES
khasiat telur puyuh

Ramai beranggapan telur puyuh mempunyai tinggi kolesterol, namun ramai sudah salah faham berkenaan ini. Ini menyebabkan ada segelintir orang yang takut untuk mengambilnya, hingga menidakkan kebaikan telur puyuh yang lain.

Kalau anda nak tahu, kolesterol memang terdapat pada mana-mana jenis telur, tetapi kuantiti yang dimakan boleh pengaruhi jumlah kolesterol baik dan kolesterol jahat. Sekiranya ingin tahu dengan lebih jelas kebaikan telur puyuh dan kolesterolnya, ikuti perkongsian bermanfaat Doktor Rizal Abu Bakar di bawah.

Baca juga: Wanita Ini Amalkan Petua Minum Air Rebusan Halba + Kurma Merah, Kulit Makin Cantik!

KEBAIKAN TELUR PUYUH

khasiat telur puyuh

Sekali sekala ambil sumber protein dari telur si burung puyuh. Tiny but mighty. Ada peminat tak dekat sini? Telur puyuh ini sedap rebus dan dimakan begitu saja.

3-4 biji telur puyuh bersamaan dengan 1 biji telur ayam. Ramai tak tahu, nilai nutrisi telur puyuh lebih kurang sama dengan telur ayam. Power tak power telur puyuh,

  • Lebih tinggi sumber protein
  • Vitamin B1 tiga kali ganda lebih banyak
  • Vitamin A dan B2 dua kali ganda lebih tinggi

1. Tidak menyebabkan alahan 

Kalau yang alah pada telur ayam, boleh ganti dengan telur puyuh. Telur puyuh tak menyebabkan alergi atau alahan. Terima kasih kepada kehadiran ovomucoid.

2. Ejen antikanser

Bukan itu saja, ovomucoid juga bertindak sebagai ejen antikanser. Cegah pertumbuhan tumor. Padu tak padu.

3. Rendah indeks glisemik

Telur puyuh juga rendah indeks glisemik. Sesuai bagi penghidap diabetis. Yang nak kurus pun boleh ambil. Bantu kecilkan saiz pinggang, kecutkan perut, bekalkan tenaga.

Baca juga: Air Soda Tanpa Kalori Dikhabarkan Dapat Kanser Bila Kerap Ambil, Ini Infonya!

4. Tinggi iron

Paling padu, walaupun kecil tapi telur puyuh tinggi iron. Penting untuk penghasilan sel darah merah. Cegah anemia.

5. Kaya potassium 5x ganda

Selain kaya potassium 5 kali ganda berbanding telur ayam. Potassium penting untuk fungsi tubuh. Bantu proses kembang kecut salur darah untuk kawal tekanan darah.

6. Mencantikkan kulit

Kalau nak kulit cantik. Kurang jerawat dan perbaiki complexion kulit. Berdampinglah dengannya.

7. Baik untuk ibu hamil 

Buat ibu mengandung pun sangat elok. Boleh begitu?

TELUR PUYUH TINGGI KOLESTEROL, BETUL KE?

Ramai bertanya, bukan ke telur tinggi kolesterol? Mana-mana jenis telur pun ada kolesterol. Tapi kuantiti yang dimakan boleh pengaruhi jumlah kolesterol baik dan kolesterol jahat.

Telur puyuh bantu naikkan kolesterol baik dengan turunkan kolesterol jahat. Lebih separuh dari jumlah kolesterolnya ialah kolesterol baik. Belajar sesuatu?

Baca juga: Bukan Sekadar Ulam, Ini 7 Khasiat Daun Betik, Point No.2 Mesti Ramai Suka!

Sumber: Dr Rizal Abu Bakar

FT Image: wirestock

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×