Dapur

Air Soda Tanpa Kalori Dikhabarkan Dapat Kanser Bila Kerap Ambil, Ini Infonya!

7
SHARES
minuman manis

Soda diet iaitu minuman soda tanpa kalori disangkakan alternatif terbaik kepada minuman manis. Jadi, persoalannya di sini adakah minuman soda tanpa kalori itu baik atau buruk?

Melalui perkongsian bermanfaat dari laman Facebook Nutritionistkkm, dalam minuman jenis ini sememangnya tiada kalori dan masih wujud rasa manis tanpa sebarang gula. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan sekiranya minuman soda ini diambil secara kerap, ia turut memberi beberapa keburukan kepada kesihatan diri.

Baca juga: Bukan Sekadar Ulam, Ini 7 Khasiat Daun Betik, Point No.2 Mesti Ramai Suka!

MINUMAN MANIS: AIR SODA TANPA KALORI

minuman soda

Minuman Soda Tanpa Kalori: Baik atau Buruk?

Ramai yang menyangkakan minuman soda tanpa kalori ini adalah alternatif yang terbaik kepada minuman manis. Tidak dinafikan minuman ini tiada kalori dan masih mengekalkan rasa manis tanpa sebarang gula.

Namun, pengambilannya secara rutin boleh meningkatkan risiko kesihatan untuk jangka masa panjang buat penggemar minuman manis atau mereka yang menghidap diabetes. Minuman soda tanpa kalori yang juga dikenali sebagai soda diet ini mengandungi pemanis tiruan sebagai pengganti gula yang memberikan rasa manis tanpa sebarang kalori.

Pemanis tiruan ini juga boleh meningkatkan ketagihan kepada minuman atau makanan manis lain seterusnya meningkatkan risiko obesiti dan pelbagai penyakit lain. Baru-baru ini juga, pemanis tiruan turut dikhabarkan dapat mengakibatkan penyakit kanser jika diambil secara berterusan.

Jadi, fikir-fikirkanlah dan buat pilihan bijak demi kesihatan anda. Sebaiknya, LATIH dan biasakan lidah anda dengan rasa KURANG MANIS dan utamakan pengambilan air kosong.

KEBURUKAN MINUMAN SODA TANPA KALORI

1. Mengandungi pemanis tiruan

  • Boleh meningkatkan kecenderungan dan ketagihan kepada minuman manis

2. Mengandungi garam

  • Meningkatkan risiko penyakit darah tinggi, strok dan penyakit jantung.

3. Tidak berkhasiat

  • Mengandungi pewarna, perasa tiruan dan bahan pengawet
  • Tiada vitamin dan mineral

Baca juga: Donut Bukan Sembarangan, Ini Buah ‘Donut Peach’ Kaya Khasiat Semula Jadi!

Sumber: Nutritionistkkm

FT Image: freepik / rawpixel.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×