Dapur

Donut Bukan Sembarangan, Ini Buah ‘Donut Peach’ Kaya Khasiat Semula Jadi!

9
SHARES
donut

Buah pic donat yang dikenali juga sebagai donut peach atau flat peach merupakan salah satu jenis buah pic yang wujud dan berbentuk oblate. Pic donat adalah lebih rata bentuknya daripada jenis pic yang lain. Kulitnya berwarna kuning dan merah manakala, bahagian dalam buah ini kelihatan putih.

Baru-baru ini ia mendapat perhatian masyarakat kita, mungkin kerana buah ini mempunyai nama seakan kuih tradisional masyarakat Melayu yang popular iaitu kuih donat. Jadi, apa kata kenali khasiat buah ini dengan lebih lanjut dari Doktor Rizal Abu Bakar serta tips membeli, menyimpan dan makan buah pic donat.

Baca juga: Ramai Tak Tahu 5 ‘Wow Factor’ Tembikai Susu, Khasiatnya Anda Pasti Terkejut!

DONUT BERKHASIAT SEMULA JADI, BUKAN SEJENIS KUIH

donut

Gambar: Dr.Rizal Abu Bakar

Sekarang ini dekat sosial media tengah viral pasal donut peach. Sekali tengok rupa memang dah macam donut. Bentuk lebih leper. Lebih gemuk berbanding peach biasa.

Ini ‘donut semula jadi’ boleh makan lebih sikit. Donut goreng tak payah makan.

Paling padu, donut peach lebih wangi, lebih manis, lebih juicy dan lebih rendah acidity berbanding peach biasa. Padat vitamin A, C, potassium dan fiber.

  • Nak elak risiko kanser payudara, kanser kolorektal
  • Nak baiki tekstur kulit
  • Nak kulit auto glowing cantik
  • Nak kurangkan hair loss
  • Nak seimbangkan tekanan darah
  • Nak kempiskan perut
  • Nak boost kesihatan jantung
  • Nak baik pulih penglihatan

Maka, boleh lah amal makan donut peach.

Bagi ibu hamil, lagi elok amal. Bagus untuk kuatkan tulang. Lindungi pembentukan janin normal. Selain, legakan sembelit dan cegah kontraksi pramatang.

Donut peach ni ada pada akhir musim panas saja. Beli dekat Jaya Grocer harga RM24.90 untuk 500g. Boleh buat ghaso ghaso sekali setahun.

Baca juga: Petua Cempedak Goreng Cara Orang Kampung, Garing Tak Minyak & Laku Keras!

Melalui laman portal MegUnprocessed, terdapat beberapa tips yang boleh anda ikuti sewaktu membeli buah pic donat. Malah, jika tidak mahu menikmatinya begitu sahaja, anda boleh menjadi kreatif dengan mencampurkan buah ini di dalam pelbagai jenis makanan, pastri atau minuman.

Tips membeli, menyimpan dan makan buah donut peach

  • Buah pic yang masak akan bertahan kira-kira satu hingga dua hari di dalam peti sejuk.
  • Penting untuk tidak menyejukkannya melainkan ia telah masak sepenuhnya kerana ia akan kehilangan rasa semula jadinya.
  • Sentiasa pilih buah pic yang organik.
  • Pilih yang mempunyai warna terang kerana ia adalah yang paling manis.
  • Pic yang mempunyai warna hijau akan masak dalam kira-kira sehari pada suhu bilik.
  • Enak dicampurkan bersama salad, pai, tart, ais krim, kek, mufin dan pastri lain.
  • Boleh juga memanggangnya atau dijadikan sirap dan campur dalam pelbagai minuman.

Baca juga: Rupanya Ada Banyak Kesan Kurang Ambil Gula Selama 14 Hari, Anda Mesti Tak Sangka!

Sumber: DrRizal Abu Bakar / MegUnprocessedPlantBasedLiving

FT Image: stockking

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×