Sihat

Makan Buah Peach Boleh Jadi Punca Alergi & Bawa Maut! Ini Cara Betul Untuk Basuh

65
SHARES
donut peach

Semenjak menjadi viralnya buah donut peach, semakin ramai dalam kalangan kita yang mempelbagaikan lagi menu berkaitan donut peach. Namun, dalam proses mencuba makanan viral ini jangan anda terlupa bahawa menurut Dr.Erna Nadia, buah peach juga boleh menyebabkan alergi kepada anda yang lemah!

Bukan itu sahaja, ramai juga yang bertanya sama ada perlu atau tidak mencuci dan membuang kulit buah peach ini sebelum dimakan? Berikut merupakan informasi yang dikongsikan.

Baca juga: Kerap Sakit Perut Yang Melampau? Hati-Hati Mungkin Itu Tanda-Tanda Kanser Perut!

MAKAN DONUT PEACH BOLEH MENYEBABKAN ALERGI?

donut peach

Boleh ke? Mestilah boleh. Lain orang lain proses badannya. Alergik kepada buah peach ni boleh terbahagi kepada dua:

1. Birch-pollen allergy

Birch-pollen allergy ni biasa berlaku di Utara Europe di mana simptom alahan tu berlaku dalam masa 5-15 minit selepas memakan buah peach yang raw. Tapi kalau buah peach itu dimasak, mungkin alahan ini tidak berlaku.

Simptom biasanya berlaku di dalam mulut dan tekak dimana mulut dan tekak menjadi gatal dan bengkak sedikit atau kemerahan.
Mereka yang ada alahan jenis ini biasa akan ada alahan juga pada buah buahan lain seperti epal, aprikot, ceri, melon, pisang, kekacang seperti hazelnut dan juga sayuran seperti daun seleri dan lobak merah.

2.Peach allergy

Untuk jenis kedua, biasanya berlaku di negara Mediterranean dan negera macam kita dan simptomnya lebih teruk.
Akan berlaku gatal gatal seluruh badan, sakit perut, muntah muntah dan ada juga yang sampai sesak nafas, sakit dada dan jantung laju.

Jangan ambil enteng dengan alahan ya sebab boleh membawa maut jika lambat diberikan rawatan. Protein (bahan yang menyebabkan alahan) untuk jenis ini adalah kuat berbanding dengan dengan birch-pollen tadi. Maknanya walaupun dia makan peach yang dah masak pun, dia boleh jadi alahan juga.

Orang perempuan adalah berisiko 2 kali ganda untuk mendapat alahan ini. Jadi, jika anda sudah tahu apa yang anda alah, cubalah elakkan ya.

Perlukah kulit buah peach dibuang?

donut peach

Terdapat kegusaran sesetengah pengguna akan sisa bahan beracun yang terdapat pada permukaan kulit buah peach (dan buah buahan lain)

Cara yang terbaik adalah dengan membasuh buah buahan sebelum makan. Tidak perlu gunakan…sabun khas, cukup sekadar gunakan air bersih dan gosokkan dengan perlahan dan keringkan

Tiada bukti menunjukkan keberkesanan sabun khas buah berbanding air biasa. Malah ada kebimbangan sisa sabun boleh melekat pada pori halus kulit buah buahan. Jika anda was was, bolehlah mengupas kulit buah peach dan hanya makan isi kandungan dalamnya sahaja.

Dalam kes yang terpencil, terdapat individu mengalami alahan kepada buah peach.Jika anda mengalami kegatalan mulut atau tekak selepas makan buah peach, anda mungkin mengalami sindrom alahan mulut (OAS), kadangkala dipanggil sindrom alahan makanan debunga (PFAS).

Gejala alahan lain termasuklah:

-Sakit perut, cirit-birit, loya, muntah, kekejangan perut

Gatal-gatal (urtikaria alahan), gatal-gatal, ekzema

– Semput, hidung tersumbat, sesak nafas, batuk berulang

*Dapatkan pemeriksaan segera jika ada gejala alahan. Ingat, bukan semua makanan yang viral-viral ini adalah sesuai untuk perut kita ya?

Baca juga: Malu Penuh Kutil Kulit Di Sekitar Leher, Ketahui Apa Itu ‘Skin Tags’ & Cara Nak Hilangkan

Sumber: Dr.Erna Nadia, Public Health

Feature image: Dragons Diet

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×