Sihat

Malu Penuh Kutil Kulit Di Sekitar Leher, Ketahui Apa Itu ‘Skin Tags’ & Cara Nak Hilangkan

7
SHARES
apa itu skin tags

Apa itu skin tags? Kalau anda perasan, ada dalam kalangan kita yang mempunyai skin tags atau kutil kulit. Ini merupakan ketumbuhan kulit yang tidak berbahaya. Ia biasa berlaku di pelipat kulit seperti leher, ketiak, bawah payudara dan kelopak mata.

Tetapi, rimas juga bila kawasan sekitar leher kelihatan tidak cantik kerana mempunyai kutil lebihan kulit ini. Macam mana nak hilangkan dengan cepat?

Baca juga: Cara Nak Bezakan Darah Haid Atau Darah Keguguran, Kena Tahu Supaya Tak Menyesal!

APA ITU SKIN TAGS? MACAM MANA NAK HILANGKAN?

apa itu skin tags

Ia tidak bahaya tetapi boleh menjejaskan penampilan dan boleh menyebabkan kesakitan apabila tersangkut pada barang kemas dan bergesel dengan pakaian.

Skin tag cenderung terjadi pada perempuan atau lelaki  yang berusia lanjut. Umumnya muncul pada area lipatan kulit, seperti kelopak mata, ketiak, atau leher.

Dalam istilah medis, skin tag dikenal dalam beberapa nama, yaitu acrochordon, papilloma kulit, polip fibroepithelial, atau fibroma molluscum. Skin tag ini tidak berbahaya dan sebenarnya dapat dihilangkan.

1. Mengekalkan berat badan yang sihat: Obesiti dikaitkan dengan peningkatan risiko skin tag, mengekalkan berat badan yang sihat boleh mencegah skin tag

2. Elakkan geseran kulit: Cuba kurangkan geseran kulit di leher, ketiak dan peha. Memakai pakaian yang longgar dan mengelakkan aksesori yang bergesel pada kulit mungkin membantu.

3. Pastikan kulit bersih dan kering: Kelembapan di kawasan pelipat boleh memburukkan lagi geseran di kawasan berisiko skin tag. Pastikan kawasan ini bersih dan kering.

4. Penjagaan kulit yang betul: Bersihkan dan lembapkan kulit anda dengan kerap untuk memastikan ia sihat.

Prosedur untuk membuang skin tags adalah menerusi pembedahan kecil yang boleh dilakukan oleh doktor. Membuang sendiri menggunakan rambut, gunting dan pisau tidak digalakkan kerana risiko kecederaan dan pendarahan.

Baca juga: Petua Hilangkan Cacing Dalam Perut Guna Asam Keping, InsyaAllah…Mujarab Hasilnya!

Sumber: Public Health

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×