Cantik

Baru Tahu Ada Gabungan Bahan Yang Boleh Dan Tak Boleh Dalam Skincare, Kena Check!

15
SHARES
skincare yang bagus

Pemilihan jenis skincare yang bagus dan tidak bagus amat penting supaya anda mendapatkan kulit yang bersih dan cantik. Namun, ramai juga dalam kalangan kita yang tidak tahu bahawa terdapat sesetengah gabungan produk penjagaan kulit yang boleh merosakkan, bukan mencantikkan.

Jadi, menurut perkongsian di laman Twitter @GlamStation menyenaraikan beberapa jenis gabungan produk yang boleh dan tidak boleh digabungkan bersama.

Baca juga: 7 Perkara WAJIB Buat Semasa Cuci Muka, Barulah Sebiji Jerawat Pun Tak Tumbuh!

GABUNGAN SKINCARE YANG BAGUS DAN TAK BAGUS

skincare yang bagus

Nak share bahan ingredient skincare yang boleh dan tak boleh dicampur/gabung. Jangan sembarangan campur dikhuatiri akan memudaratkan kulit.

1.Retinol dan Niacinamide- BOLEH

For the most part, niacinamide boleh gabung dgn semua serum & krim termasuk retinol, asid Hyaluronik, Vit C, AHA/BHA. Kedua2 berfungsi dengan baik bersama-sama.

2.Retinol dan Vitamin C – TAK BOLEH

Retinol tak elok gabung dengan Vit C sebab kedua-duanya bahan aktif. Gabungan boleh sebabkan lebih banyak kerengsaan. Sebaliknya, gunakan retinol waktu malam dan Vitamin C waktu siang.

3.AHA/BHA dan Ceramide – BOLEH

Boleh gabungkan ceramide dgn AHA/BHA. Sebenarnya sangat bagus gabungan dua ni! Pengelupas AHA/BHA tanggalkan lapisan kulit mati, so lebih mudah ceramide diserap oleh kulit.

4.AHA/BHA dan Retinol- TAK BOLEH

Gabungan retinol dan AHA/BHA berkesan untuk hiperpigmentasi yang disebabkan oleh jerawat, namun ia boleh menyebabkan kekeringan dan kerengsaan.

5.Benzoyl Peroxide dan Niacinamide- BOLEH

Ya, anda boleh gunakan benzoyl peroxide + niacinamide pada masa yang sama. Malah, ramai pakar mencadangkan penggunan gabungan kedua-dua bahan ni.

6.Benzoyl Peroxide dan AHA/BHA- TAK BOLEH

Kedua-dua BHA dan benzoyl perokside berkesan terhadap jerawat, tapi bila guna pada masa yang sama boleh sebabkan kulit terlalu kering. Cuba gunakannya alternate days.

skincare yang bagus

*Jaga-jaga ya, jangan sampai tersilap gabung bahan dalam produk ya!

Baca juga: 15 Kesalahan Bakal Pengantin Perempuan SELALU BUAT, Tak Naik Seri Ketika Majlis!

Sumber: Twitter @GlamStation

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×