Cantik

7 Perkara WAJIB Buat Semasa Cuci Muka, Barulah Sebiji Jerawat Pun Tak Tumbuh!

33
SHARES
cara cuci muka

“Ahhh! Selalu salah cara cuci muka sebab itulah naik jerawat ni..kena ikut betul-betul lepas ni”

Cemburunya bila melihat orang sekeliling mempunyai kulit muka yang segar dan bebas cela bukan? Tambah pula kalau tengok kulit selebriti Korea, lagi bertambah rasa insecure tersebut. Jadi, apa yang anda perlu buat adalah bermula dengan cara mencuci muka dengan betul sebelum ke langkah seterusnya!

Berikut merupakan 7 perkara yang anda WAJIB buat kalau inginkan kulit muka yang bersih dan segar. Bila kulit pun bersih, tak pakai solekan setiap hari pun tidak mengapa.

Baca juga: 15 Kesalahan Bakal Pengantin Perempuan SELALU BUAT, Tak Naik Seri Ketika Majlis!

CARA CUCI MUKA DENGAN BETUL, KULIT JADI FRESH!

cara cuci muka

1. Double hingga triple cleansing

Tahukah anda bahawa dengan hanya sekali cucian muka, sebenarnya tidak cukup bersih. Sebab itulah, semua pakar kulit menyarankan untuk anda melakukan double cleansing bahkan ada juga triple cleansing!

Selepas mencuci muka dengan ‘make-up remover’, anda sangat disarankan untuk menggunakan oil-based cleanser pula sebelum menggunakan pencuci muka yang sebenarnya. Paling penting adalah cari pembersih muka yang lembut dan tidak membuatkan kulit kering atau seperti ditarik-tarik.

2. Berbuih bukan bererti bersih

Bila beli sahaja pencuci muka yang tidak berbuih, anda akan terus buang kerana dikatakan tidak membersih secara keseluruhan. Salah macam itu! Sebenarnya, pencuci muka yang tidak berbuih masih berfungsi dengan hebat untuk menghilangkan segala kotoran di wajah anda.

Paling penting adalah jangan guna sabun badan untuk mencuci wajah kerana tahap pH dalam dua bahan ini adalah berbeza.

3. Air panas atau air sejuk?

Ada mitos dan pendapat yang mengatakan bahawa mencuci muka dengan air suam adalah lebih berhasil dalam membersihkan pori dari air sejuk. Kalau dilihat sesi penjagaan kulit orang di negara Barat pun, mereka lebih suka menggunakan air suam untuk mencuci muka.

Jangan risau, kerana air sejuk pun boleh sahaja digunakan untuk mencuci muka dan masih membersihkan kotoran pada tahap maksima. Bahaya juga kalau air terlampau panas, boleh menyebabkan iritasi pada kulit sensitif!

4. Tidak wajib gunakan kapas kecantikan

Kapas wajah habis? Jangan risau kerana sebenarnya anda tidak perlu pun menggunakan kapas untuk mencuci muka. Boleh sahaja kalau ada tetapi menggunakan jari sendiri adalah lebih berkesan dan lembut sahaja di kulit.

Tetapi, paling penting adalah untuk menggunakan pencuci yang mengandungi bahan magik seperti salicylic acid, glycolic acid, lactic acid, atau fruit enzymes. Membersihkan wajah secara berkala dengan bahan-bahan ini boleh membuat kulit lebih ‘glowing’.

5. Pastikan peralatan mencuci bersih

Kalau anda ada menggunakan kapas atau span muka untuk sesi mencuci, pastikan peralatan ini betul-betul bersih. Pemilihan peralatan yang khusus untuk membersih muka dan bukan jenis pakai buang (disposable) juga sangat penting kerana bahan yang terkandung adalah khas untuk kecantikan kulit.

6. Jangan fokus cuci muka sahaja

Bila mencuci muka, janganlah hanya bahagian muka sahaja yang diberikan penelitian. Apa kata bersihkan juga bahagian rahang dan leher kerana jika kawasan ini tidak bersih, boleh memberi kesan kepada kulit berjerawat tau!

Lakukan gerakan dari bawah dagu ke atas tulang pipi dan gerakan dari rahang ke telingga kerana teknik ini akan melancarkan peredaran darah. Bila darah mengalir dengan elok, muka pun akan nampak kemerah-merahan dan sihat.

7. Keringkan dengan betul

Mengeringkan muka pun ada caranya dan bukan hanya menggunakan tuala sahaja. Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan menepuk lembut wajah supaya air dapat diserap ke dalam kulit. Kalau hendak menggunakan tuala, gunakan material tuala yang lembut dan khas untuk muka sahaja. Jangan campur-campur dengan tuala badan!

cara cuci muka

*Dah siap-siap buat 7 langkah ini, barulah anda boleh tidur dengan wajah bebas kotoran. Bukan itu sahaja, ini juga merupakan langkah yang anda kena buat sebelum sesi make-up ya!

Baca juga: Guna 5 Langkah WAJIB Ini Selain Pakai Skincare Kalau Nak Kulit Glowing Macam Pelakon Korea

Sumber: Healthline

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×