Cantik

5 Langkah Basic Untuk Dapatkan Kulit Bersih & Halus Mulus Macam Pelakon Korea, Gebu!

10
SHARES
tips penjagaan kulit muka

Penjagaan kulit wajah merupakan perkara yang sangat penting dalam kehidupan seorang wanita. Pantang ada jerawat naik satu, pasti akan meroyan sepanjang hari sehinggalah segala cela hilang di wajah. Tengok pula wajah-wajah pelakon Korea halus mulus dan ‘glass skin’, makin stress sebab dah bermacam-macam tips penjagaan kulit muka dah dicuba tapi tak menjadi!

Jangan pening-pening, sebenarnya anda kena mulakan penjagaan kulit wajah ini secara asas dahulu untuk membersihkan kulit. Bila dah ‘pro’ dalam teknik-teknik asas dan pilih jenis skincare yang sesuai, barulah anda boleh bersolek secara profesional pula.

TIPS PENJAGAAN KULIT MUKA UNTUK YANG BARU NAK MULA, SENANG JE!

tips penjagaan kulit muka

Sebelum anda memulakan rutin penjagaan kulit muka, terdapat 3 langkah utama yang perlu diberi perhatian iaitu:

1.Cleansing : Mencuci wajah

2.Toning : Untuk seimbangkan kulit wajah

3.Moiturizing : Melembapkan dan melembutkan kulit.

1.Pencuci muka

Ini merupakan langkah pertama yang paling penting untuk menjaga kulit wajah adalah dengan mencari pencuci muka yang sesuai. Macam mana nak pilih?

Kulit kering/ dry : Paling sesuai adalah mempunyai tekstur yang creamy, tidak berbuih dan ada bahan-bahan yang mantap untuk lembapkan kulit seperti ceramides, hyaluronic acid, dan glycerin.

Kulit berminyak/ oily : Elak beli pencuci wajah ada bahan seperti charcoal dan clay. Cari pencuci muka yang mempunyai tekstur gel dan mempunyai buih lembut untuk kulit berminyak.

Kulit berjerawat/ acne prone : Kulit sebegini perlu elak pencuci wajah yang mempunyai bahan yang terlampau kasar dan kuat. Sebaliknya, cari pencuci yang mempunyai tekstur creamy untuk mengurangkan breakout.

Kulit sensitif : Cari pencuci wajah yang lembut, creamy dan ada bahan seperti oatmeal, aloe vera, dan niacinamide.

2.Toner

Selepas mencuci muka, langkah kedua adalah pakai toner. Cara yang paling disarankan untuk meletakkan toner adalah menggunakan kapas dan sapukan ke wajah. Cara nak pilih toner yang sesuai adalah:

Acne-prone/oily : Pilih yang ada bahan seperti BHA (beta hydroxy acid, like salicylic acid) atau AHA (alpha hydroxy acid, glycolic acid or lactic acid), yang dapat mencuci liang pori, mengelakkan breakout dan menghilangkan bintik hitam.

Dry /sensitif : Pilih jenis toner yang hydrating supaya dapat mengembalikan kekuatan kulit wajah dengan melembapkan kulit. Bukan sahaja dry dan sensitif, orang yang mempunyai kulit normal dan berjerawat juga sesuai pakai toner jenis ini.

3.Serum

Mungkin harganya sedikit mahal tetapi serum merupakan bahan yang penting untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik. Bukan sahaja kaya dengan bahan-bahan aktif untuk kulit malah serum sangat bagus untuk menghilangkan tompok gelap dan kedutan wajah.

Seelok-eloknya pakai serum yang mempunyai Vitamin C pada waktu pagi dan pada waktu malam pakai serum yang mempunyai Hyaluronic Acid.

tips penjagan kulit muka

4.Moisturizer/ Pelembap

Selain serum, perkara asas yang paling penting juga adalah pemakaian pelembap atau moisturizer. Moisturizer berguna untuk menghalang kandungan air dalam wajah keluar dan kurang lantas menyebabkan kulit menjadi kering dan kusam.

Kulit berminyak: Cari pelembap yang ringan sama ada teksturnya creamy atau gel supaya kulit terhidrat tanpa nampak berminyak dan berkilat.

Kulit kering: Cari pelembap yang kaya dengan kandungan hyaluronic acid, lipids, dan proteins. Paling berkesan adalah pelembap cream-based pada waktu pagi dan malam.

Kulit berjerawat: Guna pelembap yang mempunyai tekstur ringan sahaja pada waktu pagi seperti cream atau gel dan gunakan pelembap yang mempunyai salycilic acid  pada waktu malam.

5.Sunscreen

Paling akhir sekali untuk rutin penjagaan kulit wajah yang cantik adalah pemakaian pelindung cahaya matahari atau sunscreen. Kerana itulah pemakaian sunsceen ini diletakkan sebagai yang terakhir kerana menjadi pelindung utama kulit dari terdedah dengan cahaya UV yang kuat!

Paling penting untuk anda cari sunscreen yang mempunyai SPF 30 paling minimum dan terbaik adalah sekitar SPF 40 atau SPF 50.

Jangan hanya bergantung kepada SPF yang ada dalam barang make-up anda sahaja ya. Pakar juga menyarankan untuk anda memakai sunscreen 30 minit sebelum keluar, dan letakkan semula selepas 2 jam atau selepas solat. Hanya letakkan tompok-tompok kecil sahaja di wajah dan sapu.

PERLU KE PAKAI FACE MASK?

tips penjagaan kulit muka

Ini yang menjadi trend dalam kalangan pencinta-pencinta skincare. Pemakaian face masak secara rutin dikatakan dapat membantu menjadikan kulit seperti ‘glass’ atau seperti orang Korea.

Banyak jenama skincare dari Korea juga turut menawarkan rangkaian face mask yang sangat menjadi kegilaan dan menjadi! Oleh itu, berikut merupakan beberapa jenis face mask yang memang disarankan:

Sheet mask: Ini sangat mudah untuk dijumpai dan banyak jenama! Paling best adalah simpan sheet mask ini di dalam peti sejuk terlebih dahulu untuk dapatkan khasiat anti-inflammatory dan pakai selama 15 minit untuk kesan yang tinggi.

Sleeping mask/overnight: Mask jenis ini mempunyai tekstur yang lebih pekat dari kebiasaan untuk mengembalikan kelembapan kulit wajah. Bila bangun tidur sahaja kulit pun kelihatan sihat!

Clay mask: Mask jenis ini sangat bagus untuk menghisap segala minyak dan membuang sel kulit mati. Tak perlu letakkan di seluruh wajah, hanyak letakkan di bahagian tertentu seperti T-Zone untuk menghilangkan blackhead, minyak dan melembapkan wajah.

*Buat langkah-langkah asas ini dahulu untuk dapatkan kulit bersih dan berseri macam pelakon Korea, barulah cun!

Sumber: New York Times, Cosmopolitan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×