Cantik

Memang Cantik Dari Kecil, Ini Foto Transformasi Song Hye Kyo Buat Ramai Orang Ternganga!

32
SHARES

Siapa yang tidak mengenali pelakon jelita dari Korea bernama Song Hye Kyo bukan? Mula menempa nama selepas membintangi drama popular Full House bersama Rain, Song Hye Kyo juga dikenali kerana mempunyai wajah yang cantik. Baru-baru ini kembali viral apabila ramai pengguna di laman media sosial memuatnaik kembali wajah pelakon cantik ini ketika masih kecil. Ternyata ramai yang terpukau kerana wajahnya ketika kecil pun cantik!

MASA KECIL PUN LAWA!

Pelakon yang sudah berusia 38 tahun ini seringkali menarik perhatian orang ramai apabila kembali ke kaca televisyen kerana wajahnya yang cantik dan kelihatan semakin muda. Bukan itu sahaja, selepas beliau melangsungkan perkahwinan bersama So Jong Ki dan digelar #SongSongCouple popularitinya semakin melonjak.

Bila tengok wajah Song Hye Kyo semasa kecil, memang beliau mempunyai wajah yang comel dan cantik. Patutlah dah dewasa pun cantik secara semulajadi.

Namun, perkahwinan antara Song Jong Ki dan Song Hye Kyo tidak bertahan lama dan akhirnya mereka berpisah pada tahun 2019. Berita itu juga memberi kesan kepada peminat dari seluruh dunia kerana kisah percintaan mereka yang bermula ketika berlakon bersama-sama di dalam drama Descendant of the Sun itu menjadi idola ramai.

*Dah umur 38 pun masih cantik macam masa umur 20-an!

Sumber: kyo1122

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×