Cantik

Alamak! Malunya Ada Selulit Dekat Paha & Perut, Ini 8 Cara Nak Hilangkannya

23
SHARES
Cara Hilangkan Selulit

“Stresnya! Apa cara hilangkan selulit paling senang ya?”

Selulit bukan terjadi kerana berat badan, tetapi kandungan lemak di bawah kulit yang terkumpul sehingga memberi tekanan pada tisu-tisu penghubung yang ada permukaan kulit menyebabkan garisan-garisan selulit terjadi.

Namun begitu, selulit bukanlah penyakit tetapi hanya lapisan lemak terkumpul di bawah kulit. Jangan risau, jom cuba beberapa cara hilangkan selulit yang anda boleh cuba.

Baca juga: Nak Cantik Bukan Kena Pakai Skincare Je, Amalkan 9 Tips Ini. Mujarab!

CARA HILANGKAN SELULIT TAK SENANG TAPI MENJADI GUNA CARA NI

CARA HILANGKAN SELULIT

1. KRIM RETINOID

Penggunaan retinoid seperti tretinon dapat membantu mengurangkan selulit di bahagian paha dan perut kerana membina semula protein dalam kulit yang dipanggil kolagen.

Walau bagaimanapun, ibu hamil dan ibu yang menyusukan anak tidak dinasihatkan untuk menggunakan kaedah ini kerana kesan sampingan yang boleh menjejaskan bayi.

2. LASER

Selain itu, untuk menghilangkan selulit boleh juga menggunakan laser. Laser berfungsi untuk mencairkan lemak dan menghasilkan kolagen untuk menegangkan kulit. Rawatan ini agak mahal dan hanya mampu bertahan dalam tempoh enam bulan.

3. MINYAK KELAPA

Minyak kelapa dara mengandungi banyak manfaat dan antaranya adalah boleh menghilangkan selulit. Urut kawasan paha dan perut menggunakan minyak kelapa secara lembut setiap hari.

Perlu diingatkan bahawa sebarang rawatan penjagaan kulit kadang kala boleh menyebabkan alahan atau sensitiviti. Jadi, jika ada sebarang tindak balas negatif, hentikan segara.

Cara Hilangkan Selulit

4. AKTIVITI SUKAN

Aktiviti sukan dapat membantu menegangkan otot dan menghilangkan selulit. Yoga, Pilates, berenang, berjalan kaki, berbasikal, memanjat tangga dan menari boleh dilakukan untuk mendapatkan kulit yang cantik.

5. DIET

Pengurangan makanan berproses, karbohidrat dan lemak tepu dapat mengurangkan masalah selulit. Ini kerana pengambilan makanan yang tidak sihat boleh menyebabkan lemak berkumpul dan selulit.

6. CHEMICAL PEEL 

Pengelupasan kimia yang melibatkan penggunaan asid, seperti asid glikolik boleh membantu menghasilkan kolagen semula. Secara umum, prosedur klinikal adalah lebih berkesan berbanding ubatan rumah tetapi prosedur ini biasanya sedikit mahal dan tidak sesuai untuk semua jenis kulit.

7. SKRUB KOPI

Rawat selulit di rumah menggunakan skrub serbuk kopi. Caranya mudah sahaja iaitu campurkan dengan minyak kelapa, minyak zaitun dan kopi. Gosok perlahan-lahan selama beberapa minit. Ampas kopi boleh mengurangkan lebam, merangsang peredaran darah dan menggalakkan pengaliran limfa.

8. CUKA EPAL

Mengamalkan cuka epal boleh membantu mengurangkan berat badan dan pada masa yang sama mengurangkan selulit di bahagian paha serta perut. Minum satu sudu cuka epal tiga kali sehari dan sapukan pada kulit.

Gaya hidup sihat dan penjagaan kulit amat penting untuk mengurangkan selulit. Semoga bermanfaat!

Sumber: Mayo Clinic & Health Line

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×