Cantik

Nak Cantik Bukan Kena Pakai Skincare Je, Amalkan 9 Tips Ini. Mujarab!

36
SHARES
TIPS KECANTIKAN WANITA

Masing-masing pasti memiliki tafsiran sendiri tentang kecantikan dan lumrah kehidupan, setiap wanta pasti ingin kekal jelita dan awet muda meskipun sudah berusia. Untuk memiliki wajah yang cantik dan kekal muda biasanya memerlukan pelbagai rutin penjagan diri seperti produk penjagaan kulit namun itu hanya kecantikan luaran.

Sebagai wanita, kecantikan luaran dan dalaman sangat diperlukan. Justeru, berikut merupakan sembilan 9 tips kecantikan wanita anda boleh amalkan. Luaran cantik, dalaman lagi cantik!

Baca juga: “Malunya Lutut Hitam…”-Jangan Risau, Jom Putihkan Guna Bahan Di Rumah Je

TIPS KECANTIKAN WANITA BERMULA DARI SINI, MEMANG MUJARAB

TIPS KECANTIKAN WANITA

1. Amalkan bangun pagi dan mandi sebelum masuk Azan Subuh.

2. Sebaik bangun daripada tidur, sebelum menggosok gigi, minumlah 1 gelas air putih bersuhu bilik. Simpan air tegukan pertama di dalam mulut untuk seketika dan bacakan dalam hati Selawat Nabi 3 kali, barulah disusuli dengan menghabiskan segelas air tersebut.

3. Sewaktu membasuh muka di awal pagi atau setiap kali membasuh muka, tadah air ditapak tangan sambil membaca Selawat Nabi sebanyak 3 kali, hembuskan pada air dan usapkan air tersebut ke wajah bermula dari dagu menaik ke atas hingga ke dahi.

Ulang usapan ini sebanyak 3 kali. Jangan basuh muka bermula daripada dahi turun ke dagu kerana ini menyebabkan muka cepat berkedut.

TIPS KECANTIKAN WANITA

4. Selepas solat Subuh, bacalah Surah Yusuf, kemudian teguk sebanyak 3 kali sahaja air suam, InsyaAllah ia membuatkan wajah awet muda daripada usia sebenar.

5. Selepas solat Isya’, amalkan baca Al-Fatihah 1 kali, Ayatul Qursi 1 kali dan surah Al-Waqiah dari ayat 35 hingga 38 sebanyak 7 kali, ditiupkan pada segelas air dan niatkan  “Ya Allah perindahkanlah tubuh dan rohku dan perbaikilah hubungan dengan suamiku”.

6. Surah Al-Waqiah ayat 35-38 juga elok dibaca di dalam hati sebanyak 3 kali sebelum jirusan pertama air ke badan sewaktu mandi.

7. Jangan makan bersulam air, sebaiknya minum air kosong 1 gelas 30 minit sebelum makan, dan 30 minit selepas makan.

TIPS KECANTIKAN WANITA

8. Amalkan membaca al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah SWT.

9. Perbanyakkan Selawat Nabi, sentiasa sedekah senyuman, perbanyakkan solat Tahajud.

Amalkan hari-hari, InsyaAllah kelihatan ‘cantik’, hati, jiwa, roh, wajah dan perasaan. Alhamdulillah.

Sumber: Facebook Dr Malinda Health & Elida Tarihoran

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×