Cantik

Guna 5 Langkah WAJIB Ini Selain Pakai Skincare Kalau Nak Kulit Glowing Macam Pelakon Korea

4
SHARES
tips kulit glowing

“Macam mana lah aku nak dapatkan kulit macam pelakon Korea ni. Apa tips kulit glowing lain macam ni eh?”

Seringkali kita melihat paparan wajah selebriti dan model mempunyai tekstur kulit yang sangat cantik dan bebas cela, pasti kita terfikir untuk dapatkan yang sama kepada diri sendiri. Hal ini kerana, mempunyai kulit yang glowing, cantik dan bersih ini memberi keyakinan yang ekstra kepada diri kita khususnya buat kaum wanita.

Jadi, selain dari menghabiskan beratus-ratus ringgit untuk pembelian skincare setiap bulan, ada cara lain yang paling asas sekali untuk anda mendapatkan kulit wajah idaman ini. Sudah lakukan 5 perkara ini barulah kita ‘topup’ dengan penggunaan skincare yang minimalis.

Baca juga: Dilabel Seksi, Wanita Dari 10 Negara Ini Dalam Kategori Punyai Payudara Besar!

5 TIPS KULIT GLOWING DAN CANTIK SELAIN PAKAI SKINCARE

tips kulit glowing

Semua nak kulit cantik tidak kira lelaki atau perempuan kan? Ada yang sanggup guna produk merkuri demi mendapatkan kulit yang cantik tapi akhirnya dapat kesan yang buruk. Sebenarnya ada tips mudah yang boleh diamalkan untuk dapatkan kulit glowing dan cantik. Sebelum itu jom ketahui petanda jika anda ada masalah kulit!

1. Masalah jerawat yang teruk

2. Jangkitan Mikrobiom pada kulit

3. Tompokan kering

4. Kulit yang merengsa atau meradang

5. Muncul tahi lalat secara tiba tiba

6. Urat tersimpul (Vena varikosa)

1. Banyak minum air kosong

Pertama dan paling penting, hidrasi adalah kunci utama! Maka, wanita kena lebih banyak minum air kosong kerana ia sudah tentu tinggi dengan oksigen yang sangat diperlukan untuk elak dehidrasi.

Pun begitu, jangan memaksa untuk minum lebih daripada 10 gelas air kosong sehari. Cukup sekadar 8 gelas sahaja setiap hari sesuai dengan saranan pakar supaya kulit anda kekal cantik dan sihat.

2. Elak minum alkohol & kafein

Sehubungan di atas, elakkan pula minuman yang kurang baik terutama beralkohol dan berkafein kerana ia bukan sahaja akan meningkatkan risiko dehidrasi malah boleh merosakkan kulit anda.

Alasannya, minuman-minuman sebegini berisiko untuk menjejaskan organ dalaman terutama buah pingang dan hati. Apabila dua organ ini terjejas, maka toksin punca kulit rosak tidak dapat dibuang.

3. Cuci sisa mekap sebelum tidur

Ini kerana mekap atau alat solek yang melekat pada kulit dalam tempoh waktu yang terlalu lama boleh membuat liang pori pada kulit anda tersumbat lantas terkumpul minyak, debu dan pelbagai kotoran lain.

4. Eksfoliasi

Metode pembuangan atau pengelupasan sel kulit mati (eksfoliasi) amat penting untuk menyingkirkan kulit yang tidak lagi diperlukan supaya ia dapat digantikan dengan kulit lebih baru, cantik dan sihat.

5. Pakai pelindung matahari setiap hari

Terutama jika anda kerap berada di luar rumah, wanita perlu sentiasa menggunakan krim, losyen atau ubat pelindung matahari agar radiasi daripada sinar ultra ungu matahari tidak dapat menembusi kulit anda.

tips kulit glowing

*Mudah sahaja kan? Sebenarnya kalau jaga gaya hidup kita seperti pemakanan dan tidur dengan cukup, tak perlu pakai skincare yang mahal-mahal pun. Tak payah susah-susah cucuk botox…

Sumber: Twitter Dr.Samhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×