Sihat

Kerap Berpeluh Sampai Lencun Waktu Malam? Rupanya 3 Punca Ini Penyebabnya!

8
SHARES
kenapa berpeluh waktu malam

“Aduhai, kenapa berpeluh waktu malam pula ni. Banyak pula tu!”

Berpeluh pada waktu malam boleh berlaku atas beberapa sebab, dan kebanyakannya tidak terlalu serius. Tambahan pula dengan cuaca panas dan tidak menentu seperti sekarang, sudah pasti ada naik turun dalam hormon badan. Dalam sesetengah kes, episod berpeluh malam yang kerap boleh menunjukkan keadaan kesihatan yang serius. Apakah itu?

Mungkin anda risau tentang keadaan sekarang kerana mengalami peluh yang melampau dan tertanya-tanya adakah kondisi ini berbahaya. Jadi, lap peluh anda tersebut dan baca penjelasan berikut dengan tenang.

Baca juga: Hanya Guna Sebesen Air Dan 11 Teknik Ini Untuk Sejukkan Rumah Yang Panas Membahang!

KENAPA BERPELUH WAKTU MALAM? BAHAYA KE TIDAK?

kenapa berpeluh waktu malam

Menurut pakar neurologi dan pakar perubatan tidur di Houston Hospital, Dr. Aarthu Ram, ianya adalah perkara biasa untuk mengalami variasi dalam suhu badan anda semasa anda tidur, dan kadangkala ini boleh menyebabkan berpeluh. Walaupun ianya tidak menyelesakan, terdapat beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk mengurangkan jumlah peluh semasa anda tidur.

Berikut adalah 3 perkara yang mungkin menyebabkan malam anda sentiasa ditemani dengan peluh serta cara untuk mengatasinya:

1.Terlampau stres

Jika anda berasa cemas atau tertekan, anda mungkin pernah mengalami anxiety semasa cubaan untuk tidur (atau kembali tidur selepas bangun dari tidur).

“Fikiran yang terlalu aktif menghidupkan otak dan badan anda, dan boleh mengakibatkan berpeluh,” kata Dr. Ram.

Petua Dr. Ram untuk mengurangkan tekanan sebelum tidur:

-Ambil masa untuk tidur, tenangkan minda terlebih dahulu.

-Sebelum tidur, mandi air suam, elakkan masa skrin dengan peranti, atau cuba baca buku.

-Sediakan suasana santai.

-Pastikan lampu rendah, bunyi terhad atau lembut, dan bilik sejuk.

-Bercakap dengan doktor anda. Kalau ada tekanan dan kebimbangan yang berulang atau berpanjangan, ini boleh menjadi tanda masalah kesihatan mental yang lebih serius, seperti panic attack atau kemurungan.

2.Baju tidur dan cadar yang tidak sesuai

Semua orang sukakan persekitaran tidur yang selesa. Tetapi, kadangkala terdapat garis halus antara menjadi selesa dan cuaca terlalu panas. Dr. Ram mengatakan bahawa sebab yang paling biasa untuk berpeluh malam adalah:

-Cadar tempat tidur, pakaian tidur atau tilam yang tidak “bernafas”
-Persekitaran tidur yang terlalu panas, bahang.

Petua Dr. Ram untuk mengelakkan terlalu panas semasa tidur:

-Pastikan bilik tidur anda sejuk. Kuatkan kipas atau letakkan sebesen air di dalam bilik untuk turunkan suhu bilik.

-Pakaian ringan dan tak tebal. Jangan berpakaian berlebihan dan pilih bahan yang menyerap kelembapan jika perlu.

-Pilih cadar tempat tidur yang dari material kain sejuk.

3.Nak menopause

Anda pernah mendengar tentang ‘hot flash’, bukan? Hot Flash adalah situasi apabila bahagian atas badan anda secara tiba-tiba berasa panas terutama sekali pada bahagian muka, dada dan telinga. Nah, ini adalah kerana menopaus juga datang dengan simptom berpeluh malam.

“Kira-kira 75% wanita pre-menopause melaporkan mengalami peluh malam. Kekerapan biasanya memuncak dalam beberapa tahun pertama selepas menopaus dan kemudian menurun dari semasa ke semasa.”

Petua untuk mengurangkan peluh malam menopaus:

-Elakkan pencetus peluh seperti alkohol, makanan pedas, kafein dan merokok.

-Pastikan bilik tidur anda sejuk dan pakaian tidur anda terang. Gunakan kipas atau pendingin hawa, buka tingkap (jika di luar sejuk), dan pakai baju tidur bernafas.

-Sejukkan diri. Jika anda bangun dengan berpeluh, minum segelas air sejuk, letakkan tuala sejuk di kepala anda atau siramkan air sejuk ke atas pergelangan tangan.

kenapa berpeluh waktu malam

*Namun, perlu diingatkan bahawa jika anda kerap bangun dalam keadaan berpeluh, mengalami peluh malam secara tiba-tiba disertai penurunan berat badan atau jika peluh malam anda menghalang anda daripada mendapat tidur yang berkualiti, sudah tiba masanya untuk berbincang dengan doktor ya!

Sumber: Houston Methodist Leading Medicine

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×