Satu lagi perkhabaran yang menyayat hati apabila lagi seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun meninggal dunia kira-kira 7 pagi semalam, disyaki akibat strok haba. Ini merupakan mangsa kedua selepas seorang kanak-kanak berusia 11 tahun meninggal dunia akibat strok haba beberapa hari lepas di Kelantan.
Baca juga: AWAS! Strok Haba Boleh Membawa Maut, Doktor Kongsi Cara ‘Emergency’ Nak Turunkan Suhu
BUDAK USIA 12 MANGSA TERBAHARU STROK HABA
Bapanya, Syahrol Azmi Mohd Hekak, 42, berkata anak keduanya Airiel Syahren disahkan meninggal dunia oleh doktor akibat ‘septic shock secondary to meningoencephalitis’ di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.
Menurut ayah magsa, anak kedua daripada empat beradik itu, mengalami simptom demam tidak berpeluh, kekejangan otot, muntah, terkencing, terberak dan meracau, kira-kira jam 10 malam pada hari Ahad lalu.
Beliau juga memberitahu bahawa anaknya yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Lelaki Bandar Kluang itu termasuk adik lelakinya berusia sembilan tahun dan ibu mereka mengalami demam biasa dan memakan ubat seperti biasa sahaja. Apa yang mengejutkan adalah, selepas beliau meminta mereka tidur di ruang tamu, kedengaran seperti benda jatuh dan kemudian beliau mendapati anaknya tengah mengalami kekejangan.
“Selepas menelefon talian 999, panggilan disambungkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom dan petugas meminta saya menunggu ambulans sampai.”

Gambar mangsa.
Sangat sedih melihat keadaan anak sendiri semasa tempoh kekejangan, anaknya tetap meronta-ronta sampai terberak dan terkencing. Dikatakan bahawa adik mangsa pun mengalami kondisi yang sama cuma sekejap sahaja.
Syahrol Azmi berkata, doktor menerangkan anaknya mengalami simptom strok haba sehingga buah pinggang terjejas dan ada radang otak. Beliau turut menambah anak ketiganya, Aidil Syahren, 9, kini stabil dan masih berada di wad.
“Anak saya dikebumikan di Tanah Perbukuran Islam Kampung Bentong,” katanya.
Sumber: Berita Harian