Cantik

Ini Punca Jerawat Tepi Rahang Muncul, No.6 Tu Tak Sangkanya!

17
SHARES
punca jerawat tepi rahang

Apabila jerawat di muka sudah tiada, datang pula jerawat di rahang dengan tiba-tiba. Persoalannya, apakah punca jerawat tepi rahang yang menyebabkan ia muncul? Teruskan pembacaan anda di bawah, kalau nak tahu punca-puncanya.

Baca juga: Celah Paha Gatal Semacam? Ini 5 Tips Atasi Masalah Kurap!

PUNCA JERAWAT TEPI RAHANG

punca jerawat tepi rahang

Memetik dari laman SehatQ, jerawat di kawasan rahang boleh muncul secara tiba-tiba dan dialami oleh sesiapa sahaja. Ia sama seperti jerawat yang muncul di kawasan lain pada wajah sehingga mengganggu penampilan diri.

Jerawat muncul kerana rahang merupakan salah satu kawasan yang mempunyai kelenjar minyak. Secara dasarnya, jerawat di rahang disebabkan oleh folikel rambut dan pengumpulan sel-sel kulit mati dalam liang pori yang tersumbat oleh kerana penghasilan sebum yang berlebihan.

Jika hal tersebut terjadi, bakteria akan mudah berkembang dan mencetuskan keradangan sehingga menjadi jerawat. Namun begitu, ada beberapa faktor yang dapat menjadi penyebab jerawat di rahang terjadi.

8 punca jerawat di tepi rahang muncul

Berikut adalah punca-punca yang mencetuskan jerawat di rahang:

1. Produk penjagaan kulit dan kecantikan

Salah satu punca jerawat di rahang adalah penggunaan produk penjagaan kulit dan kecantikan. Hal ini kerana, beberapa produk penjagaan mungkin mengandungi minyak yang cenderung untuk mudah menyumbat pori-pori sehingga menyebabkan jerawat.

2. Perubahan hormon

Beberapa kajian menyatakan bahawa wanita berisiko mengalami jerawat di rahang akibat peningkatan kadar hormon yang biasa berlaku sebelum waktu kitaran haid.

Jerawat di rahang juga menandakan naik turun hormon kerana ada peningkatan hormon androgen yang menyebabkan sebum meningkat, memetik dari kajian lain. Peningkatan sebum inilah yang dapat menyumbat pori-pori dan menimbulkan jerawat.

3. Kebersihan wajah tidak dijaga baik

Kemunculan jerawat di rahang boleh pula disebabkan oleh kurangnya menjaga kebersihan wajah dengan baik. Misalnya, tidak membersihkan wajah secara rutin atau menyentuh kawasan rahang tanpa mencuci tangan terlebih dulu.

Apabila kebersihan kulit wajah tidak dijaga dengan baik, pori-pori di kawasan rahang akan tersumbat oleh minyak, kotoran, sel-sel kulit mati dan bakteria yang menempel.

Kesannya, pori-pori wajah akan meradang dan menjadi penyebab jerawat di rahang muncul.

4. Selalu bercukur

Kebiasaan mencukur dapat meningkatkan risiko tumbuhnya jerawat, terutama buat lelaki. Lebih-lebih lagi, jika menggunakan pisau cukur yang kotor serta krim pencukur janggut tertentu.

Hal ini kerana, pisau cukur yang kotor dapat menyebabkan bakteria masuk ke dalam kulit. Malah, beberapa produk krim pencukur tertentu dapat meningkatkan risiko pori-pori tersumbat.

Bahkan, kadang-kadang proses mencukur dapat mengiritasi kulit sensitif sehingga menimbulkan jerawat.

Baca juga: Ini 3 Kaedah Buang Tatu Badan, Lebih Baik Fikir Betul-Betul Sebelum Mencacah!

5. Alat muzik

punca jerawat tepi rahang

Alaz mzuik yang memerlukan sokongan dagu dan rahang seperti biola dapat menyebabkan pori di kawasan rahang tersumbat. Kesannnya, jerawat akan timbul.

6. Topi keledar

Penggunaan topi keledar dapat menyebabkan jerawat di area rahang. Lebih-lebih lagi, jika ia jarang dicuci atau berkongsi pakai dengan orang lain.

Keadaan ini dapat menyebabkan peluh bercampur bakteria di kawasan rahang sehingga meningkatkan risiko jerawat.

7. Kesan sampingan ubat-ubatan

Ubat-ubatan yang dimaksudkan adalah steroid, ubat kemurungan atau pun ubat gangguan bipolar

8. Masalah kulit

Beberapa masalah kulit dapat menyebabkan benjolan yang menyerupai jerawat di kawasan rahang. Antara masalah kulit tersebut adalah bisul, selulitis, dermatitis sentuh, folikulitis dan rosacea.

Alangkah baiknya anda berkonsultasi dengan doktor apabila berasa ragu dengan munculnya benjolan di kawasan rahang yang menyerupai jerawat untuk mendapatkan rawatan yang tepat.

Baca juga: Ini 5 Cara Hilangkan Daki Leher, Baru Tak Malu Nak Menonjolkan Diri!

Sumber: SehatQ

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×